Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk kelihatan lebih cantik dan menawan, dan salah satunya adalah pembedahan plastik. Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, pembedahan plastik telah menjadi pilihan utama bagi sesetengah individu, terutamanya dalam kalangan selebriti untuk ‘memperbaiki’ bahagian tubuh badan yang tidak sempurna di mata mereka.
Tidak menyembunyikan hakikat sebenar, ada beberapa selebriti Indonesia mengaku bahawa mereka sanggup berbelanja berpuluh juta untuk melakukan pembedahan plastik atas sebab-sebab tertentu.
Berikut adalah lima selebriti Indonesia yang tanpa segan silu mengaku secara terbuka, pernah melakukan pembedahan wajah. Scroll untuk lihat gambar sebelum dan selepas mereka.
1. Titi DJ

Penyanyi Titi DJ telah menjalani lima pembedahan plastik, yang menelan perbelanjaan Rp 500 juta (RM 130309). Dia melakukan pembedahan anti penuaan, termasuklah prosedur mengangkat wajah-dahi-leher, membuang kantung mata dan cantuman lemak.
2. Mawar AFI

Mawar AFI atau nama sebenarnya Mawar Dhimas Febra Purwanti, merupakan peserta pertunjukan bakat Akademi Fantasi Indonesia (AFI). Penyanyi ini pernah mendedahkan bahawa dia telah menjalani beberapa prosedur kosmetik sejak tahun 2004. Membelanjakan lebih daripada Rp 200 juta (RM 52123.60), Mawar AFI menjalani pembedahan hidung dan rahang.
3. Sarwendah

Mengaku secara terbuka, penyanyi Sarwendah mendedahkan dia telah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan kerana mahu wajahnya kelihatan lebih segar dan muda. Dia telah melakukan pembedahan untuk hilangkan kedutan dan menambah lemak pada wajahnya.
4. Dinda Kirana

Aktres sinetron ‘Luka Cinta’, Dinda Kiran melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan. Dia didakwa telah menjalani beberapa prosedur seperti mengangkat wajah, pemindahan lemak bawah mata untuk memperbaiki kontur dan menghilangkan lingkaran hitam, menaikkan dan memperbesarkan payudara serta liposuction di bahagian lengan serta paha.
5. Femmy Permatasari

Aktres Femmy Permatasari pula melakukan pembedahan plastik seperti ponytail facelift. Prosedur ini dikatakan mengangkat dan menegangkan bahagian atas wajah terutamanya di dahi, kening, pelipis dan garis senyuman. Kos pembedahan plastiknya mencecah Rp 700 juta (RM 182432.60).
Lain sangatkan wajah mereka?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.