“Wanita paling bahagia dengan cinta hati di sisi.” Begitu balas pelakon terkenal Nur Fazura apabila menerima kata-kata semangat daripada seorang wanita di media sosial yang menitipkan doa buat dirinya agar terus kuat melayari kehidupan tanpa kehadiran suami.
Fazura, 42, menegaskan bahawa kehidupannya kini penuh syukur dan bahagia kerana ditemani cinta sejati iaitu anak perempuannya, Nur Fatima Aisya. Dalam coretan di Threads, Fazura tidak lupa membalas doa baik itu dengan harapan agar wanita terbabit juga diberi kasih sayang yang berlimpah ruah dalam hidup.

“Percayalah, saya sangat mensyukuri nikmat hidup dan kini wanita paling bahagia bersama cinta hati iaitu anak tersayang di sisi. Saya mendoakan anda dilimpahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi dan pelukan untuk segala doa baik berbalik kepada anda,” tulisnya penuh ikhlas.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Farah menitipkan pesanan bahawa hidup bersendirian bukanlah kelemahan, sebaliknya ruang untuk menemui kekuatan, mencipta memori indah bersama anak dan berdamai dengan cinta sebenar dalam kehidupan.

Reaksi Fazura itu hadir sehari selepas dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita mengenai bekas suaminya, Fattah Amin, yang dilaporkan bakal menamatkan zaman duda dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September ini. Tarikh tersebut dipilih bersempena ulang tahun kelahiran pelakon drama popular Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah pernah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun ikatan tersebut berakhir pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun dan menjadi sumber kebahagiaan utama Fazura.

2 months ago
80

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)