Bersukan atau melakukan aktiviti lasak tidak seharusnya dijadikan alasan untuk wanita berhijab mengabaikan aurat dan penampilan sopan. Itulah yang ditunjukkan dua pelakon popular, Nur Fazura dan Lisdawati, apabila penampilan mereka ketika beriadah mendapat pujian ramai netizen yang menganggap kedua-duanya wajar dijadikan contoh.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, baru-baru ini mencuri perhatian ketika bermain sukan yang semakin mendapat tempat di Malaysia iaitu ‘pickle ball’. Rata-rata warganet memuji penampilannya yang kekal manis, sopan dan tertutup rapi walaupun aktif bersukan. Malah, ada yang membandingkan penampilannya dengan segelintir individu lain yang dilihat berpakaian terlalu seksi sewaktu melakukan aktiviti sama. Menurut mereka, kecantikan dan gaya tidak pernah berkurang meskipun Fazura memilih busana yang lebih longgar dan menutup aurat sepenuhnya.

Sementara itu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 47, juga tidak kurang hebat apabila tampil berbeza daripada kebiasaan sewaktu menyertai perhimpunan motosikal RXZ bersama suaminya, pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi. Lisda yang sememangnya meminati motosikal berkuasa tinggi sejak zaman remajanya, dipuji kerana tetap mengekalkan penampilan sopan dan longgar walaupun bergaya di atas jentera yang sinonim dengan kaum lelaki. Penampilan ‘rider’ muslimah sepertinya dianggap ‘rare’ dan ada yang mencadangkan pasangan itu diangkat sebagai ikon perhimpunan RXZ tahunan di Terengganu.

Dalam masa sama, ramai netizen menzahirkan rasa lega apabila melihat ada selebriti yang tidak terbawa-bawa dengan trend pakaian mencolok mata ketika bersukan, khususnya sukan ‘pickle ball’ yang kini sering dikaitkan dengan gaya seksi di gelanggang. Aksi Fazura dan Lisdawati membuktikan wanita berhijab tetap mampu kelihatan bergaya, aktif dan penuh keyakinan tanpa perlu mengabaikan batas aurat.

2 months ago
118

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
