Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
“Hello Pest Control, Wad Sebelah Banyak Semut Lah Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @imani_imtiyaz yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 68 ribu, tanda suka sebanyak 3,512 dan sebanyak 232 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan beberapa keping gambar dimana Fattah Amin duduk di sebelah katil Amira Othman semasa beliau berada di Hospital.
Rata-rata netizen teruja melihat gambar tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa penangan ‘FATTMIRA’ semakin kuat selepas Fattah Amin memuat naik gambar Amira Othman di laman instagram miliknya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.