Kerap menjadi sasaran kecaman netizen berhubung perubahan wajahnya, pelakon terkenal Fatiya Latiff akhirnya tampil bersuara dengan nada penuh ketegasan. Mengakui dirinya sedar benar penampilannya kini tidak lagi seperti dahulu, Fatiya atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata tiada manusia yang mampu kekal sama selamanya. Bagi dirinya, setiap orang berhak melalui perubahan, sama ada pada fizikal, cara berfikir atau perjalanan hidup.

“Saya tahu penampilan saya sudah berubah. Saya bukan lagi seperti dahulu dan saya dengar bisikan, komen serta penilaian daripada orang yang langsung tak tahu apa saya lalui. Tapi saya tak dilahirkan untuk kekal sama. Kita semua berubah dan saya juga begitu,” tulisnya di Threads, seolah memberi isyarat bahawa dirinya sudah penat dengan persepsi orang luar.
Bintang drama popular Ariana Rose itu menolak pandangan bahawa kecantikan hanya diukur pada rupa paras. Katanya, makna kecantikan sebenar adalah pada kekuatan hati yang mampu bertahan walaupun hidup menguji tanpa henti. “Kecantikan bukan terletak pada wajah yang pernah saya miliki. Ini terletak pada cara saya bertahan, terus melangkah walaupun dunia cuba mematahkan saya. Walaupun saya mungkin tidak cantik di mata mereka, saya tetap dengan diri saya dan itu sudah memadai,” ujarnya.

Sebelum ini, Fatiya pernah menjadi topik hangat apabila wajahnya kelihatan sangat berbeza, malah ada yang mendakwa perubahan itu berpunca daripada rawatan kecantikan seperti suntikan botoks. Kritikan demi kritikan yang diterimanya tidak sedikit pun mematahkan semangatnya, meskipun ada yang mendakwa tidak lagi mengenalinya.

Bagi Fatiya, suara-suara sumbang itu tidak wajar dijadikan beban, sebaliknya dijadikan bukti bahawa dia masih mampu berdiri teguh walaupun dihujani pelbagai persepsi negatif. Baginya, hidup ini terlalu singkat untuk memuaskan hati semua orang, dan yang paling penting adalah berdamai dengan diri sendiri.

3 months ago
79

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
