Memandangkan kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kisah buli, termasuklah kisah Allahyarhamah Zara Qairina, ramai orang mula membuka mulut menceritakan kisah mereka dibuli ketika waktu persekolahan termasuklah Farahdhiya.
Berkongsi kisahnya dibuli ketika sekolah, pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengatakan insiden tersebut berlaku ketika dia berusia 13 tahun. Berbeza dengan zaman sekarang, Farahdhiya mendedahkan bahawa kes buli pada ketika itu tidak tular kerana ketiadaan media sosial.
“Sebenarnya buli ni daripada dulu dah ada cuma tak menjadi berita besar sebab zaman tu bukan zaman social media seperti sekarang.”
Foto – @farahdhiya_fd (IG/Thread)Mengakui dirinya pernah menjadi mangsa buli, Farahdhiya mendedahkan dia dibuli kerana dia merupakan pelajar baharu yang masuk di pertengahan tahun di sekolah tersebut. Bermula daripada itu, dia menjadi sasaran beberapa kumpulan pelajar perempuan. Salah satu kumpulan pelajar perempuan telah memanggilnya dengan panggilan kurang enak, membaling batu dan menconteng namanya di kawasan sekolah.
“I still remember dekat sekolah I ada beberapa group of girls konon-konon feeling spicegirls. They called me names, baling batu, nama I penuh diconteng dekat lab, dinding toilet and siap dapat surat ugut macam-macam lagi.”
Foto – @farahdhiya_fd (IG/Thread)Kongsinya lagi, dia berdiam diri dan buli tersebut berlarutan selama setahun. Namun, selepas itu Farahdhiya mula mengambil tindakan apabila pembuli-pembuli tersebut mula menganggunya secara fizikal.
“All this bullying went on for about a year, I senyap, tak pernah melawan. Sampai masuk form 2, I dah cannot take all the makin hamun and the bullying anyomore, I decided to stand up for myself. Dalam hati I masa tu memang tunggu diaorang sentuh I dulu sebab selama ni diaorang gertak-gertak tapi tak sampai naik tangan. But that particular day, memang impian I jadi kenyataan, one of them sentuh I.”
Foto – @farahdhiya_fd (IG/Thread)Tidak mendiamkan diri, Farahdhiya bangkit melawan pembuli-pembulinya dan salah seorang daripada mereka telah menikam tangannya.
“I pun automatically dengan baju kurungnya, I started hitting and kicking her back. Nak dijadikan cerita seorang tergolek, another 1 mula-mula macam nak tolong rescue her friend so she stabbed me with a pen tapi kena dekat tangan je. Diorang pulak tak sangka Farahdhiya rupanya boleh jadi fighter.”
Selepas kejadian itu, Farahdiya memberitahu bahawa pembuli-pembulinya mula bersemuka dan meminta maaf terhadapnya. Pesan Farahdhiya, dia berharap agar individu yang membuli mula berubah dan menjadi insan yang lebih baik untuk masa depan mereka.

3 months ago
80

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
