Aduhai, terlalu fanatik hingga lakukan satu perkara di luar batasan!
Tiga gadis remaja yang berusia antara 11 tahun dan 13 tahun dari daerah Dharashiv di Maharashtra, India, baru-baru ini telah melakukan tindakan yang melampau dalam percubaaan untuk bertemu BTS.
Ketiga-tiga mereka telah melakukan penculikan palsu bagi mendapatkan wang supaya mereka boleh ke Korea Selatan untuk bertemu kumpulan K-Pop BTS yang popular di seluruh dunia.
Insiden yang tak disangka itu melibatkan tiga tempat di Maharashra iaitu Pune, Osmanabad dan Solapur. Insiden sebegitu telah menbuatkan peminat K-Pop global terkejut akan tindakan fanatik sesetengah peminat yang sanggup bertemu idola mereka dalam apa jua keadaan.
Plot penculikan palsu ini didedahkan apabila polis Dharashiv menerima panggilan kecemasan yang mendakwa tiga gadis remaja itu telah dibawa secara paksa dengan sebuah bas sekolah dari Omerga Taluka, Osmanabad.
Bertindak pantas, polis menyelaraskan dengan polis di Mohal dan pemilik kedai tempatan di perhentian bas Mohol untuk menjejaki bas pengangkutan negeri dari Omerga ke Pune.
Bas tersebut dipintas di kawasan Mohol, di mana polis menemui tiga gadis itu bersama seorang pemanggil wanita dalam bas yang sama. Gadis-gadis tersebut selamat dikeluarkan dan disatukan dengan ibu bapa mereka.
Semasa disoal siasat, remaja bawah umur itu mengaku telah merancang dan melakukan penculikan palsu. Rancangan mereka adalah untuk ke Pune, mencari kerja dan menyimpan wang cukup untuk bertemu BTS di Korea Selatan.
Pihak berkuasa menggesa ibu bapa supaya berwaspada dan memastikan anak-anak mereka memahami kepentingan keselamatan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.