Ratu rock negara, Ella memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai khabar angin rumah tangga anak saudaranya, penyanyi Kaka Azraff yang dikatakan kembali bergolak. Menurut Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 59, sebagai seorang ibu saudara, beliau tidak berhak mencampuri urusan peribadi Kaka dan lebih selesa hanya memberikan sokongan dari jauh.

“Perkara sebegitu (perkahwinan Kaka) saya tidak boleh masuk campur. Saya sebagai ibu saudaranya memberi sokongan yang padu untuk Kaka, harap dia akan okey. Terpulang kepada dia (soal perkahwinan), dia pun sudah matang, kita doakan yang terbaik. Saya tidak boleh masuk campur kerana hal rumah tangga sangat privasi dan peribadi,” katanya ketika ditemui pada sidang media AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink di AirAsia RedQ, KLIA2.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah kakak Ella, Jojie, yang juga mengelak daripada menjawab sebarang soalan media berhubung rumah tangga Kaka.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6; Aryan, 4; dan Atta Adam yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Adam dan Kaka pernah disahkan bercerai talak satu pada 28 Oktober tahun lalu dalam prosiding ringkas di Mahkamah Syariah Shah Alam. Namun, pada Januari lalu pasangan itu dilaporkan kembali rujuk sebelum timbul semula desas-desus bahawa rumah tangga mereka kembali berantakan sekitar Julai lalu.

Ella yang sinonim dengan sikap profesional dan matang dalam menjawab pertanyaan media menegaskan pendiriannya bahawa soal rumah tangga adalah sesuatu yang terlalu peribadi untuk diulas, malah berharap agar Kaka tabah dalam menghadapi apa jua dugaan yang melanda.

2 months ago
107

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
