‘Fiza’ yang ditayangkan pada tahun 2000 merupakan sebuah filem Bollywood yang mengishakan tentang isu keganasan. Ditulis dan diarahkan oleh Khalid Mohamed, filem ini dibintangi oleh Karisma Kapoor, Hrithik Roshan dan Jaya Bachchan.
Walaupun mendapat sambutan yang menggalakan, penerbitan ‘Fiza’ tidak berjaya sepenuhnya. Bagi kamu yang tidak tahu, filem ‘Fiza’ tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana majoriti penduduknya beragama Islam.
Berikut MURAI kongsikan empat fakta menarik tentang ‘Fiza’ untuk buat kamu lebih faham!
1. Berkisar tentang isu keganasan
Filem ‘Fiza’ mengisahkan tentang Amaan Ikramullah (Hrithik Roshan), anak kepada Nishatbi Ikramullah (Jaya Bachchan). Semasa rusuhan Bombay 1993, Amaan telah diisytiharkan hilang. Setelah beberapa tahun berlalu, Fiza Ikramullah (Karisma Kapoor) iaitu kakak kepada Amaan mula berputus asa menunggu kepulangan adiknya itu.

Dia melakukan segala yang dia mampu untuk mencari Amaan. Dipendekkan cerita, Fiza akhirnya bertemu dengan Amaan. Bagaimanapun, dia terkejut apabila mengetahui bahawa Amaan telah menyertai kumpulan pengganas .
2. Tidak boleh ditayangkan di Malaysia
Filem ‘Fiza’ tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan kisahnya yang menggambarkan orang Muslim sebagai pengganas. Menurut kerajaan, seorang Muslim tidak boleh menjadi pengganas.
3. Filem kedua Hrithik Roshan sebagai pelakon
Selepas penampilan sulungnya dalam filem ‘Kaho Naa… Pyaar Hai’ (2000), nama Hrithik Roshan melonjak naik dan dikenali ramai. Sejak daripada itu, Hrithik ditawarkan banyak projek lakonan kerana dia dianggap mempunyai kemahiran lakonan yang bagus.
Manakala ‘Fiza’ pula merupakan filem kedua Hrithik sebagai pelakon. Hrithik juga amat bersyukur kerana lakonannya dalam filem ‘Fiza’ mampu menarik perhatian penonton skrin besar.
4. Berjaya meraih sekitar ₹322 juta di box office
Menampilkan plot yang menarik dan mesej moral yang kuat, filem ‘Fiza’ adalah kejayaan komersial industri Bollywood. Filem itu menelan belanja kira-kira ₹55 juta (RM 2,615,896.25) dan berjaya mencatat jumlah kutipan terbanyak sekitar ₹322 juta (RM 15,314,883.50) di box office.
Jika kamu berminat untuk tonton filem ‘Fiza’ ini, jangan lupa kongsikan dengan MURAI apa pendapat kamu!

2 months ago
93

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)