Dikatakan Majlis Pernikahan Seakan Agama Lain, Ini Jawapan Ibu Mentua Errisa Puteri

5 hours ago 3

Sebelum ini adik ipar Erissa Puteri, Putri Darweena Natasya, atau lebih dikenali sebagai Weena, kembali mencuri perhatian netizen selepas sah bergelar isteri kepada jejaka kacukan, Ishtiaq Ahmed Ishaq, seorang juruterbang yang berpangkalan di London.

Majlis Berlangsung Di London

Majlis pernikahan mereka berlangsung pada 8 Jun 2025 di Al Manaar, The Muslim Cultural Heritage Centre, London.

Namun, yang menjadi tular adalah majlis resepsi mereka bertemakan garden wedding yang berlangsung pada 16 Jun di Chard, Somerset, United Kingdom.

Resepsi berkonsep klasik ini diadakan di sebuah bangunan bersejarah, dengan Weena tampil memukau dalam busana serba putih lengkap dengan veil tujuh meter rekaan pereka tersohor, Engku Rizalman, dan solekan oleh jurusolek terkenal, Rozlan Nassir.

Mengundang Persoalan Netizen

via Tiktok Budak Tadika

Majlis resepsi ini menerima pelbagai pujian, namun turut mengundang persoalan daripada netizen yang menyifatkan suasana majlis seakan-akan menyerupai upacara agama lain.

Beberapa komen di media sosial mempersoalkan pemilihan lokasi dan penampilan yang dilihat “tidak melambangkan budaya Melayu-Islam”.

Susulan itu, ibu Weena, penerbit terkenal Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain tampil memberikan penjelasan.

Menurutnya, ramai yang tersalah faham kerana hanya melihat foto dan video majlis resepsi tanpa mengetahui konteks sebenar.

Tiada Kaitan Dengan Agama Lain

via Tiktok Budak Tadika

Jelas Mahfuzah, tema majlis adalah garden wedding semata-mata dan tidak ada kaitan dengan mana-mana upacara keagamaan.

Itu hanya majlis resepsi, tiada kena mengena dengan upacara mana-mana agama.

Tak salah untuk pengantin memilih tema ‘garden wedding’ dan mengenakan pakaian sebegitu memandangkan pihak lelaki merupakan juruterbang yang berasal dari London.

Tambahnya lagi, beliau tidak melatah dengan kecaman netizen, sebaliknya memilih untuk bersikap terbuka.

Saya hanya berharap orang ramai mendoakan agar perkahwinan anak saya berkekalan dan diberkati, Insya-Allah.

Majlis itu hanyalah satu bentuk ekspresi moden tanpa menjejaskan nilai-nilai asas dalam perkahwinan Islam.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |