Sekadar info, jenazah Allahyarhamah Zara Qairina, telah selamat dibawa keluar dari tanah perkuburan pada Sabtu lepas untuk tujuan prosedur bedah siasat yang dijalankan semula di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Jenazah Allahyarhamah yang digali semula itu dilaporkan masih utuh dan dalam keadaan baik.
Prosedur bedah siasat yang dijalankan telah mengambil masa lebih kurang 9 jam, bermula pada kira-kira jam 11 pagi dan selesai sebelum 8 malam.
Foto – Berita HarianBerdasarkan kongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Marhamah Rosli, wanita ini secara ringkasnya berkongsi jawapan ibu Zara iaitu Noraidah Lamat apabila ditanya perihal mengenai satu-satu anaknya itu.
“MasyaAllah, 3 minggu selepas pemergian beliau (Zara Qairina), jenazahnya langsung tidak berbau. Selepas solat subuh tadi, saya berbual panjang dengan ibu Zara. Bercerita suka duka perjuangan membela #JusticeForZara. Bila saya tanya beliau tentang Almarhumah Zara.. Jawapannya ringkas tapi menusuk hati: “Zara ni jaga solat.. Bukan saja solat dia sendiri, tapi dia jaga solat kawan-kawan. Sebab itu dia mahu masuk BADAR (Badan Dakwah dan Rohani)”.”
Foto – Free Malaysia TodaySambung Marhamah, menjadi sebahagian daripada team ibu Zara, dia sangat menitikberatkan nilai agama.
“Konsepnya bukan kita jaga solat kita sahaja, tetapi kita bantu orang lain menjaga solat mereka. Zara buat itu. Dia hidupkan maksud يُحَافِظْ. Dia tegur, dia ajak, dia tulis nama kawan-kawan tidak solat dan dia bimbing kawan-kawannya. Sebab itu dalam menjadi sebahagian daripada tim ibu Zara, saya sangat menitikberatkan nilai agama. Hari ini, walau jasad beliau sudah pergi, dakwahnya masih hidup. Haruman kebaikan itu kekal. Dan Allah tunjukkan tanda. Jasadnya terpelihara seakan-akan baru pergi semalam.”
Foto – Harian MetroPada masa yang sama, Marhmah juga berkongsikan momen pertama kali ibu Zara melihat wajah anaknya selepas dikeluarkan dari kubur.
“Assalamualaikum Zara. Kita jumpa lagi.”
Untuk pengetahuan kamu, jenazah Zara Qairina telah dikebumikan semula pada 1.15 pagi, 11 Ogos 2025 di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang.

3 months ago
92

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
