Penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah tampil menafikan dakwaan kononnya aksi ‘flying kiss’ yang dilakukannya ketika persembahan Janji With Dayang di Menara Kuala Lumpur malam tadi ditujukan khas buat komposer dan penyanyi Hael Husaini. Menurut Dayang, 46, isyarat itu sebenarnya untuk semua peminat yang hadir sebagai tanda terima kasih atas sokongan padu mereka.

Momen tersebut tular apabila rakaman menunjukkan Dayang melemparkan ‘flying kiss’ ke arah penonton, namun posisinya ketika itu berdepan dengan Hael yang berdiri di sudut pentas. Lebih menguatkan spekulasi, Hael turut membalas aksi itu dengan gaya ‘menyimpan’ ciuman udara berkenaan di dalam hati, sekali gus membuat ramai penonton teruja dengan momen penuh romantis itu. Bagaimanapun, Dayang menegaskan bahawa persembahannya tidak diselitkan dengan sebarang mesej peribadi seperti yang didakwa netizen.
“Flying kiss itu untuk semua peminat sebagai tanda terima kasih. Tidak ada yang lebih daripada itu,” jelas pelantun lagu Lemah itu.
Di sebalik kehangatan persembahan berdurasi hampir dua jam itu, Dayang sebenarnya tampil dalam keadaan kurang sihat. Dia mengakui menahan sakit sepanjang persembahan apabila telinganya berdengung dan tekak berkeladak. Walaupun berhasrat untuk tidak berkongsi keadaan kesihatannya, Dayang terkejut apabila perkara itu sampai juga ke pengetahuan media.

“Ya memang saya tidak sihat, mungkin sebab musim orang demam sekarang. Tapi saya tak mahu jadikan ia alasan. Peminat sanggup datang berpanas, mendaki bukit untuk menonton persembahan saya, jadi tanggungjawab saya adalah menghiburkan mereka,” katanya lagi.
Dayang menegaskan masalah kesihatan bukan penghalang untuknya memberikan persembahan terbaik kerana apa yang lebih penting adalah kepuasan peminat yang hadir. Katanya, selama ini dia jarang mendedahkan masalah kesihatan kerana tidak mahu perkara itu dilihat sebagai alasan untuk tidak beraksi dengan baik di pentas.

Malam tersebut menyaksikan Dayang mempersembahkan rangkaian lagu daripada album terbaharunya Janji, termasuk Lemah, Mungkin Ke, Tulus dan Akhirnya Bahagia. Dia turut mendendangkan beberapa lagu popular terdahulu seperti Mana Mungkin, Hakikat Cinta dan Dayang Sayang Kamu, sekali gus mengubat kerinduan peminat yang hadir.

1 month ago
62

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)