Pelakon Datin Atikah Suhaime menegaskan gelaran yang disandangnya bukan lesen untuk menunjuk kemewahan, sebaliknya peluang untuk berkongsi rezeki dengan orang sekeliling. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Ketua Pegawai Eksekutif jenama kecantikan Zaitun, Datuk Lokman Teh, awal tahun lalu, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, mengakui kehidupannya banyak berubah dengan memberi lebih kepada keluarga, komuniti dan juga pengikut media sosialnya.

Menjawab pertanyaan netizen mengenai erti sebenar bergelar Datin, Atikah mendedahkan bagaimana beliau tidak berkira dalam membelanjakan rezeki yang ada. “Sejak jadi Datin, saya belanja emas tebal-tebal, hampir tiap hari makan Omakase, belanja ibu mentua rawatan rambut mewah. Pergi mana-mana pakai pemandu, pastikan mama dan papa dapat belanja bulanan lebih dari mencukupi. Staf Zaitun pun saya belanja makanan setiap kali masuk pejabat. Belanja Amir (adik) dan dayang-dayang (penjaga) Mulan makan mewah. Derma kepada orang rawak dalam talian, belanja pengikut sesi senaman percuma bersama jurulatih peribadi,” katanya.

Tambah pelakon TanTiAna itu, sebahagian besar perbelanjaannya kini tertumpu kepada anak tersayang, Lyla Mulan Teh dan penjaganya. “Saya suka beli baju random untuk Mulan dalam TikTok, kadang-kadang terbang balik ke Singapura sesuka hati sebab rindu masakan mama. Penjaga Mulan pun saya belanja rawatan rambut di salon. Saya mahu mereka turut rasa bahagia sementara menjaga Mulan. Dalam masa sama, saya juga menyokong jenama tempatan. Harapan saya, satu hari nanti boleh jadi sangat kaya dan sebarkan kebaikan ke mana sahaja saya pergi,” ujarnya.

Perkongsian itu pantas menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya kagum dengan sikap murah hati Atikah, malah menyifatkannya berbeza daripada tipikal imej seorang Datin. “Tak semua Datin macam ni, kagum tengok cara Atikah belanja tanpa berkira,” tulis seorang pengguna media sosial. “Rezeki makin luas sebab dia suka bahagiakan orang lain. Moga terus dimurahkan rezeki,” komen seorang lagi peminat.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Lyla Mulan Teh, pada 8 Mac lalu.

2 months ago
101

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
