Bintang Bollywood popular, Rekha bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya tetapi juga kisah hidupnya. Kehidupan peribadinya sering menjadi perbualan ramai, termasuklah satu kisah paling sensasi iaitu hubungan sulitnya dengan pelakon Amitabh Bachchan yang telah berumah tangga ketika itu.
Berdasarkan beberapa sumber, Rekha dan Amitabh mula berkenalan pada tahun 1976 iaitu ketika mereka bergandingan dalam filem ‘Do Anjaane‘. Bermula daripada itu, hubungan mereka telah ‘berkembang’ secara senyap.
Foto – Dil Ki Baat (FB) / RedditMalah ada yang melaporkan kedua-dua mereka kerap bertemu secara senyap tanpa pengetahuan isteri Amitabh, Jaya Bachchan, di rumah kawan Rekha. Semuanya dilakukan secara sembunyi sehinggalah hubungan mereka akhirnya terdedah pada tahun 1978.
Hubungan mereka dihidu orang ramai apabila Amitabh telah mengamuk di set penggambaran ‘Ganga Ki Saugand‘ kerana ada pelakon lain yang berlaku biadap terhadap Rekha. Sejak dari itu, gosip cinta mereka sering menghiasi wajah depan akhbar.
Foto – PinterestWalaupun mereka pernah menafikan hubungan sulit itu sebelum pengarah Yash Chopra mengesahkannya. Kemudian Amitabh dengan tegasnya tidak mengaku secara terbuka mengenai hubungan itu, manakala Rekha pula muncul bersikap jujur dalam salah satu temu bual.
Kongsinya, Amitabh menafikan kerana mahu menjaga imej, keluarga dan anak-anak. Tetapi bagi Rekha, apa yang penting adalah mereka saling mencintai walaupun hubungan mereka tidak pernah diakui.
Foto – MasalaSelepas kisah cintanya dengan Amitabh berakhir, Rekha berkahwin dengan usahawan Mukesh Aggarwal pada tahun 1990. Rumah tangga mereka tidak bertahan lama kerana Mukesh mengalami masalah mental dan membunuh diri selepas tujuh bulan berkahwin.
Memetik kata-kata Rekha dalam biografinya ‘Rekha: The Untold Story’, pelakon itu mengetahui suaminya sakit jiwa selepas tiga bulan berkahwin dan memutuskan untuk meninggalkan rumah serta tidak menjawab panggilan Mukesh.
Sekadar rekod, sehingga ke hari ini Rekha tidak berkahwin semula dan dia pernah menjadi tular kerana kenyataan lamanya yang merujuk dirinya kepada seorang ‘gila’ seks.

2 months ago
77

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)