Rangkaian burger popular tempatan, myBurgerLab, baru-baru ini umumkan mereka terpaksa ambil langkah tegas dengan pecat Ketua Pegawai Operasi (COO) mereka, Andrew Chong. Semua ni gara-gara satu hantaran di media sosial miliknya yang mencetuskan kemarahan ramai, especially pelanggan setia dan komuniti Muslim.
Dalam kenyataan rasmi, myBurgerLab sendiri mengaku apa yang ditulis Chong tu memang menimbulkan kemarahan, kekecewaan dan rasa terluka. Katanya, benda tu langsung tak mencerminkan nilai jenama mereka yang selama ni selalu tekankan hormat, perpaduan dan keterangkuman.
“Kenyataan Chong memang bercanggah dengan nilai kami. Kami tolak sebarang bentuk diskriminasi atau ketidakhormatan terhadap agama, dan berdiri teguh bersama komuniti Muslim. Kepada semua yang terkesan, kami minta maaf setulus hati,” jelas pihak myBurgerLab.
So, bermula 22 Ogos 2025, Chong officially diberhentikan serta-merta.
Bukan tu je, myBurgerLab juga akan buat beberapa langkah pembetulan. Antaranya:
- Semak semula dasar dalaman syarikat.
- Wajibkan latihan sensitiviti budaya untuk semua staf.
Menariknya, latihan ini akan dijalankan bersama pihak berautoriti macam Jakim, dalam masa 30 hari je. Dan lepas tu, ia akan dijadikan latihan tahunan supaya isu macam ni tak berulang.
“Kami betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Kami mohon maaf dan akan berusaha bina semula kepercayaan semua,” tambah kenyataan mereka.

Untuk yang terlepas cerita, kontroversi ini mula tercetus bila Chong buat hantaran di platform X, mengkritik undang-undang di Terengganu yang hukum lelaki Muslim kalau ponteng solat Jumaat tanpa alasan munasabah. Ramai anggap kenyataan dia tu berbaur Islamofobia dan tak hormat pada amalan agama.

Selepas isu tu viral, Chong akhirnya tampil mohon maaf secara terbuka. Dia akui tulis benda tu tanpa fikir panjang dan dah menyinggung hati ramai orang.

3 months ago
105

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)