“Bila Retired Baddie Melawat Kawasan” – Video Syasya Rizal Raih Perhatian Netizen

6 hours ago 7

Satu hantaran video di TikTok milik Syasya Rizal, bekas anggota kumpulan DOLLA, menarik perhatian ramai apabila ia memaparkan dirinya menghadiri sebuah program hiburan yang menampilkan persembahan lagu rancak.

Isyarat Tangan Cetus Spekulasi

Dalam video tersebut, Syasya menulis kapsyen: “Bila retired baddie melawat kawasan” sambil merakam suasana acara.

Apa yang mencuri perhatian ialah gerakan tangan Syasya yang dilihat seolah-olah memberi isyarat tertentu, mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Dulu DOLLA, Kini ‘Mama Syasya’

via TikTok Syasya Rizal

Sebagai bekas anggota kumpulan DOLLA yang dikenali ramai kerana kehebatan menari dan menyanyi secara serentak, Syasya sebelum ini menjadi ikon gaya hidup moden dan urban.

Kini, setelah memilih untuk tampil dengan imej lebih sopan dan berhijab, perjalanan transformasi dirinya menjadi inspirasi kepada ramai.

Dalam video sama, Syasya turut menulis jangan sampai dirinya buka langkah sambil berseloroh.

Dia jangan sampai mama Syasya bukak langkah freestyle,,, hahahah

Antara Sokongan & Harapan

Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi. Ada netizen yang menyarankan agar Syasya mencontohi Cik Manggis dari kumpulan DeFam yang masih aktif menari meskipun berhijab.

Namun, majoriti memuji perubahan Syasya dan berharap beliau terus istiqamah.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:

Menahan diri dari melakukan perkara yg dilarang demi Allah adalah 1 bentuk jihad. Besar pahalanya.

Rindu boleh, kembali jangan.

Istiqamah tak mudah, wallahi. Tapi saya sentiasa doakan she setiap kali she lalu di FYP saya

Video tersebut sekali lagi membuktikan bahawa Syasya masih dekat di hati peminat, bukan sahaja kerana bakatnya, tetapi kerana keberanian dan keikhlasan dalam meniti perubahan.

Meskipun “retired baddie”, Syasya terus menjadi inspirasi kepada semua.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |