Baru-baru ini anak penyanyi dan komposer Ahmad Dhani, El Rumi dan aktor Indonesia, Jefri Nichol menjadi perbualan ramai apabila kedua-duanya telah berlawan dalam perlawanan tinju Superstar Knockout Vol 3 yang diadakan di Jakarta.
Kedua-duanya sebelum ini pernah bertarung untuk merebut gelaran Influencer Championship Boxing (ICB).
Apa yang mengejutkan orang ramai, pertarungan antara El Rumi dan Jefri sepatutnya berlangsung sebanyak lima pusingan, tetapi pertarungan tersebut terhenti apabila Jefri dilaporkan tewas pada minit pertama.
@combatzone697El RUMI VS JEFRI NICHOL🔥 #superstarknokout#jefrinicholvselrumi#fyp#foryou SC:Cooltura.id
♬ suara asli – CombatZone – CombatZone
Ini kerana Jefri diberikan tumbukan bertubi-tubi oleh El Rumi. Melihatkan situasi yang digelar sebagai “parah” itu, pengadil telah membuat keputusan untuk menghentikan perlawanan tersebut. Perlawanan itu dilaporkan berlangsung hanya 38 saat sahaja.
Untuk perlawanan tinju Superstar Knockout Vol 3 ini, pengadil mengisytiharkan kemenangan milik El Rumi.
@superstar.knockoutPUNYA PACAR SUPPORTIF BANGET YAA NICHOL😍 #superstarknockout #boxing #boxingindonesia #combatsports #sportainment #celebrityboxing #superstarfight #fighter #kingofthering
♬ original sound – superstar.knockout – superstar.knockout
Walaupun persaingan antara Jefri dan El Rumi agak sengit, tetapi kelibat Ameera Khan yang sanggup ‘terbang’ dari Malaysia ke Indonesia untuk memberi sokongan penuh kepada kekasihnya telah mencuri perhatian.
Bukan hanya Ameera, kekasih Jefri itu turut membawa “angkatan tentera” iaitu ahli keluarganya. Berdasarkan video-video yang tular di media sosial, Ameera hadir ke perlawanan tinju tersebut bersama kakaknya, Noor Nabila, anak saudaranya, Jebat Jayden dan aktor Sharnaaz Ahmad.
Selain itu, Ameera Khan turut menjadi bualan ramai apabila pempengaruh itu sempat memberi kata-kata semangat kepada kekasihnya, Jefri Nichol sebelum perlawanan bermula.
“Ini mesej saya untuk kekasih saya, Jefri Nichol. Semoga berjaya Sayang. Saya doakan Allah untuk berikan kemenangan besar untuk awak, kuat, kemenangan yang adil, kemenangan yang dihormati oleh orang ramai. Aamiin.”
Walaupun Jefri Nichol tewas dalam perlawanan tinju tersebut bersama El Rumi, Ameera Khan tetap menganggap kekasihnya itu sebagai juara. Apa pendapat kamu?

3 months ago
110

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
