“Bercerai Dulu” – Ini Jawapan Idzham Selepas Ditanya Berapa Lama Ambil Masa Untuk Miliki “Body” Cantik

5 hours ago 2

Sebelum ini, pelakon Idzham Ismail, mengesahkan bahawa dia telah bercerai dengan bekas isterinya melalui hantaran di Instagram Story dan menegaskan bahawa dia tidak akan kembali bersama.

Sudah Bercerai

Idzham menjelaskan bahawa rumah tangga mereka mengalami kemelut sejak empat bulan lalu, yang akhirnya membawa kepada proses perceraian.

Pasangan ini berkahwin pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang anak, Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.

Malah Idzham turut mengakui kesukaran untuk mencari pengganti selepas bercerai dengan Siti Nur Abilah.

Idzham mendedahkan bahawa ciri-ciri yang dimiliki oleh bekas isterinya telah menetapkan satu tanda aras yang sangat tinggi dalam hidupnya.

Hal ini menyebabkan dia sukar untuk mencari calon isteri baru, kerana perbandingan dengan bekas isteri membuatkan dia berfikir panjang.

Gambar Tidak Berbaju Jadi Bualan

via Instagram Idzham Ismail

Terbaru hantaran gambar Idzham di Instagram cetul pelbagai reaksi netizen. Dalam hantaran tersebut, Idzham menunjukkan ‘selfie’ ketika dia berada di gym.

Dan yang menjadi bualan hangat apabila Idzham telah membuka baju dan menunjukkan bahagian dadanya kepada umum.

Gambar tersebut dibanjiri dengan pelbagai komen dan salah satu daripada individu yang bertanyakan berapa lama yang diambil oleh Idzham untuk mendapatkan bentuh tubuh sedemikian.

Bercerai dulu

Komen balas tersebut telah mendapat reaksi netizen dan rata-rata daripada mereka terhibur dengan jawapan yang diberikan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |