Pelakon Bella Astillah tampil menjelaskan kedudukannya selepas timbul spekulasi bahawa dia bakal terjun ke dunia politik gara-gara hubungannya yang kelihatan rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana dirinya tidak pernah terfikir untuk menjadi ahli politik. Apa yang dilakukan selama ini hanyalah sekadar memenuhi tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat.

Bella menegaskan, bantuan yang diberikan kepada penduduk setempat bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ramai lagi individu lain turut melakukan perkara sama, cuma mungkin tidak dikongsikan secara terbuka atau tidak diketahui umum. Baginya, ia menjadi perhatian kerana statusnya sebagai selebriti menjadikan setiap gerak-gerinya mudah dilihat dan disalah tafsir. Justeru, dia mahu menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya seni dalam bidang lakonan dan nyanyian tanpa ada niat untuk menceburi arena politik.
Foto – @bellaastillah (IG)Mengulas mengenai namanya yang sering menjadi tular di media sosial, Bella berkata dia dan pasukannya sentiasa berhati-hati serta menapis terlebih dahulu kandungan yang mahu dimuat naik. Katanya, hal itu penting kerana dia mempunyai anak-anak yang sedang membesar, dan dia tidak mahu mereka terdedah kepada kandungan negatif. Sekiranya ada pihak yang berasa tidak selesa dengan perkongsian tersebut, Bella memohon maaf namun menegaskan semuanya dilakukan semata-mata kerana tuntutan kerja.

Tambahnya, isu tular yang dikaitkan dengannya bukanlah hasil perancangan atau strategi untuk mencipta sensasi, sebaliknya berlaku di luar kawalannya. Baginya, apa yang lebih utama ialah memastikan setiap peluang kerja yang datang mampu menjadi sumber rezeki untuk menyara keluarga. Bella juga menolak persepsi segelintir pihak yang menuduhnya menjaja kisah sedih hidupnya demi simpati. Tegasnya, segala yang diraih hari ini hanyalah ketentuan rezeki yang dititipkan buat dirinya, dan dia lebih selesa untuk menerimanya dengan hati terbuka.

2 months ago
72

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)