Bantuan eWallet RM200 telah menjadi topik yang ‘panas’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk bulan Ogos ini, amaun sebanyak RM200 bakal dikreditkan masuk terus ke dalam MyKad.
Nak tahu siapa yang layak menerima bantuan eWallet RM200? MURAI kongsikan di bawah…
Pertama Sekali, Bantuan eWallet RM200 Itu Untuk Apa?
Pembayaran Bantuan Sara yang bernilai RM200 dilakukan tanpa tunai atau cashless kepada penerima untuk pembelian barangan keperluan asas yang dikreditkan melalui akaun Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan bukannya melalui aplikasi e-Wallet.
Foto – iBantuanPenerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut:
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung
- Makanan dalam tin, biskut, mi segera
- Produk kebersihan dan ubat-ubatan
- Keperluan persekolahan anak
Jadual Pembayaran eWallet RM200
Penerima akan menerima bayaran eWallet secara ansuran setiap bulan mengikut jadual berikut:
1. RM100 setiap bulan bermula:
- Januari 2025
- Februari 2025
- Mac 2025
2. RM200 setiap bulan bermula:
- April 2025
- Mei 2025
- Jun 2025
- Julai 2025
- Ogos 2025
- September 2025
- Oktober2025
- November 2025
- Disember 2025
Syarat & Cara Semak Kelayakan
Bayaran Bantuan eWallet RM200 ini adalah khas untuk penerima yang memenuhi kelayakan seperti:
- Warganegara Malaysia berumur 18-59 tahun
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori “Isi Rumah”
- Tersenarai sebagai penerima “Miskin Tegar” dan “Miskin” eKasih dalam rekod data eKasih di bawah unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
- Akaun MyKad aktif dan sah
Foto – checkstatus.mykasih.net/Untuk menyemak kelayakan pula, kamu boleh lakukan seperti berikut:
- Layari portal rasmi MyKasih [https://mykasih.com.my/]
- Klik pada “Semak Kelayakan”
- Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) dan klik butang “Semakan Status”
- Status penerima akan dipaparkan sebagai “Layak” atau “No. MyKad tidak wujud dalam sistem”
Foto – checkstatus.mykasih.net/Untuk makluman kamu, bantuan eWallet RM200 ini hanya boleh digunakan di kedai dan pasaraya yang berdaftar di bawah MyKasih seperti Mydin, Giant, Lotu’s, Econsave, 99 Speedmart, kedai koperasi dan kedai runcit MyKasih berdaftar. [SEMAK SINI]
Semoga bermanfaat!

3 months ago
117

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
