Pelawak terkenal, Amir Raja Lawak sekali lagi tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 daripada sebuah stesen televisyen.
Menampung Kos Perubatan Bapa
Wang tersebut katanya amat diperlukan untuk menampung kos perubatan bapanya yang kini terlantar akibat menghidap kanser usus.
Amir berkongsi kisah duka bapanya yang kini dalam keadaan uzur dan tidak lagi mampu berjalan sendiri.
Menurut Amir, sejak awal tahun lagi, bapanya mula menunjukkan simptom membimbangkan seperti kerap buang air besar.
Pada mulanya, doktor menyangka ia hanyalah masalah gastrik, namun selepas beberapa pemeriksaan, bapanya disahkan menghidap kanser usus.
Memerlukan Penjagaan Sepenuh Masa
via UTUSANKini, bapanya hanya duduk di rumah dan memerlukan penjagaan sepenuh masa.
Kata Amir, ayahnya pernah jatuh ketika cuba bangun sendiri hingga terhantuk pada dinding dan kerusi.
Keadaan itu memaksanya memastikan ada orang sentiasa berada di sisi bapanya bagi menjaga keselamatannya.
Amir turut meluahkan hasratnya agar pihak stesen televisyen segera melangsaikan bayaran tertunggak yang dijanjikan.
Wang itu katanya bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk tujuan kecemasan dan keperluan rawatan bapanya yang semakin memerlukan kos tinggi.
Saya cuma nak hak saya, duit hasil kerja saya.
Kalau boleh, selesaikanlah cepat sebab saya risau bila ayah tiba-tiba perlukan rawatan kecemasan.
Menafikan Tuntutan LOD
via UTUSANAmir juga turut menafikan mengenai notis tuntutan (LOD) yang dikatakan sudah dihantar oleh pihak stesen TV dan dia menyatakan tidak menerima sebarang dokumen berkaitan.
Dia juga memilih untuk tidak membesarkan isu tersebut buat masa ini dan lebih selesa menyelesaikannya secara baik melalui perbincangan.
Saya tak nak keruhkan keadaan, saya pun faham mungkin ada salah faham.
Kita tunggu dan bincang elok-elok nanti.
Kes ini bukan sekadar isu bayaran tertunggak, tetapi juga kisah perjuangan seorang anak yang sanggup melakukan apa saja demi memastikan kesihatan ayahnya terbela.
Semoga masalah ini dapat diselesaikan segera dan bapanya diberi kesembuhan.

3 months ago
97

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)