Penyanyi Andi Bernadee tampil merayu agar masyarakat termasuk netizen menghentikan budaya skeptikal dan menjadikan tubuh kurus sebagai bahan jenaka atau “skinny shamming”. Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 33, menegaskan tiada siapa berhak mempersoalkan pilihannya untuk mendapatkan berat badan yang diingini kerana setiap individu berhak menentukan perjalanan hidup masing-masing.

Menurutnya, perubahan fizikal daripada 62 kilogram ke 46 kilogram tidak berlaku sekelip mata, sebaliknya hasil usaha berbulan-bulan dengan mencatu pengambilan makanan secara konsisten. “Aku nak tutup buku gemuk-kurus mulai hari ini. Ini aturan aku. Makanan harian (portion kanak-kanak). Makan malam kadang-kadang tak ambil, ganti buah seperti jambu batu, nanas, epal, mangga muda dan anggur. Tapi kalau kerja dari pagi hingga malam, aku akan makan lima kali, bahagian orang dewasa. Tak boleh diet, aku nak tenaga untuk ‘shooting’ 15 ke 16 jam sehari. Benda ini bukan sebulan terus jadi, aku ambil masa sembilan bulan untuk fokus aturan ini tapi konsisten adalah kuncinya,” katanya menerusi Instagram.

Andi turut menegaskan dia tidak pernah mendapatkan khidmat pakar diet, mahupun meniru pelan pemakanan orang lain. Sebaliknya, aturan itu dicipta sendiri mengikut kemampuan tubuhnya. “Aku tiada pakar diet. Aku tak cari di Google atau ikut rutin orang lain dan aku juga tak tengok perjalanan orang lain. Aku catu makanan aku sendiri sebab masalah utama aku adalah lima makanan sehari. Henti ‘skinny shamming’. My body, my choice,” ujarnya lagi.

Selain menjaga pemakanan, pelantun lagu Satu Peluang itu juga aktif bermain sukan pickleball sebagai salah satu cara mengekalkan kesihatan tubuh. Perubahan drastik pada penampilannya bagaimanapun menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk ada pihak mengaitkannya dengan unsur mistik. Namun Andi menegaskan segalanya hanyalah hasil usaha, disiplin dan konsistensi yang dilakukannya sepanjang tempoh setahun.

Bagi Andi, apa yang lebih penting kini adalah berhenti menormalisasikan budaya mengejek fizikal seseorang, kerana ia hanya menambah tekanan emosi. Baginya, tubuh manusia adalah hak individu dan tiada siapa yang berhak untuk menghakimi pilihan yang dibuat.

3 months ago
121

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
