Bekas suami penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida iaitu penyanyi kumpulan Spring, Ameng berkongsi detik cemas apabila ibu kepada anak-anaknya itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara baru-baru ini. Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, dia menerima panggilan daripada anak sulungnya, Wan Az Aleesa yang menangis teresak-esak memberitahu keadaan ibunya sehingga membuatkan dia tergesa-gesa ke hospital.

Katanya, pada mulanya dia menyangka anaknya berduka kerana kehilangan kucing kesayangan yang sebelum ini sakit, namun ternyata keadaan lebih serius apabila mengetahui A. Aida rebah sehingga doktor meminta mereka membaca surah Yasin kerana jantungnya berhenti berdegup sebanyak lapan kali.
Ameng yang ditemui pada Konsert Talk To My Manager menceritakan detik ketika dia melawat bekas isterinya itu di ICU dengan wayar berselirat di tubuh, membuatkan dirinya sedar betapa serius keadaan yang dihadapi. Malah, penyanyi lagu Sampai Hati itu mengakui dia hampir hilang harapan kerana A. Aida koma selama empat hari. Namun, doa dan solat hajat yang dilakukan keluarga akhirnya memberi kelegaan apabila wanita berusia 55 tahun itu kembali sedar.

“Alhamdulillah, bila dia buka mata dan mengenali anak-anaknya, saya sangat bersyukur kerana itu tanda otaknya masih berfungsi. Walaupun belum boleh bercakap kerana masih ada tiub di mulut, tetapi dia memberi isyarat dengan mengangguk apabila disapa anak,” jelas Ameng yang berharap bekas isterinya terus diberikan kesembuhan dan akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat.

Difahamkan, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang sebelum ini rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi, hanya dua hari selepas melalui pembedahan di kedua-dua lututnya. Kejadian itu sekali gus menjadi saat getir buat keluarga, namun kini mereka menaruh harapan tinggi untuk melihat penerbit terkenal itu kembali pulih sepenuhnya.

1 month ago
90

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)