MURAI yakin peminat Shah Rukh Khan sedia maklum bahawa King of Bollywood ini merupakan seorang penganut agama Islam. Walaupun secara terbuka mengaku dirinya beragama Islam, namun Shah Rukh mendedahkan dia tidak pernah menunaikan kewajipannya sebagai seorang Muslim.
Sepanjang hidupnya, aktor ini memberitahu bahawa dia tidak pernah berdoa dan solat seperti seorang Muslim. Tetapi disebabkan oleh satu momen sukar dalam hidupnya, Shah Rukh telah berubah fikiran dan akhirnya memutuskan untuk solat buat pertama kalinya dalam hidup.
Momen yang menyukarkan itu berlaku pada tahun 1990-an, apabila ibu Shah Rukh Khan, iaitu Lateef Fatima Khan menghidapi komplikasi diabetes. Semasa Shah Rukh menjalani penggambaran, ibunya telah terjatuh dan cedera di kakinya sebelum terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Saya sedang menjalani penggambaran di Goa dan dia (ibu Shah Rukh Khan) menghidap diabetes. Apabila saya pulang dari Goa, kakinya cedera dan ia terus merebak. Ketika dimasukkan ke hospital, dia didiagnosis sepsis.”
Foto – Bollywood ShaadisDiagnosis itu telah mengejutkan Shah Rukh kerana penyakit sepsis boleh mengancam penghidap akibat kegagalan organ. Shah Rukh yang sebelum itu kehilangan bapanya, Mer Taj Mohammed Khan, juga takut kehilangan ibunya. Shah Rukh sering menangis apabila ibunya berada di ICU dan akhirnya meminta pertolongan Tuhan melalui solat dan juga berdoa.
“Saya tak bersedia untuk dia (ibu) mati. Saya tak pernah solat, tetapi ketika dia berada ICU, dan dia mengalami gangguan pernafasan, saya pergi ke tempat letak kereta hospital dan buat pertama kalinya saya solat. Saya diberitahu jika saya solat 6000 kali, dia tidak akan mengalami kesakitan.”
Foto – Shahrukh khan/king of bollywood (FB)Malangnya, ibu Shah Rukh tidak dapat diselamatkan dan aktor itu dibenarkan untuk bersama ibu buat kali terakhir di ICU.
“Saya bersolat dan doktor memberitahu saya dia (ibu) akan mati. Saya mempunyai kepercayaan bahawa anda akan mati apabila anda puas hati dengan kehidupan. Dia mempunyai pandangan yang cantik di matanya yang berkata, “Biarkan saya pergi, saya perlu berehat”. Dan akhirnya dia pergi selama-lamanya.”
Shah Rukh Khan sebelum ini pernah berkongsi pelajaran hidup yang diterapkan dalam keluarganya iaitu berdoa untuk orang lain dan bukan diri sendiri untuk lebih bersyukur.

2 months ago
93

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)