Syarikat penerbangan AirAsia telah mengadakan AirAsia Travel Fair 2025, menawarkan pelbagai tawaran istimewa kepada pelancong yang bijak. Berlangsung selama tiga hari (22-24 Ogos 2025) di Exhibition Centre, Pavilion Bukit Jalil, pameran pelancongan ini menghimpunkan para pengembara, ejen pelancongan, lembaga pelancongan dan rakan industri di bawah satu bumbung.
Pengunjung ditawarkan lebih 1000 pakej pelancongan berdiskaun dan pilihan luas destinasi antarabangsa dan domestik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menariknya kali ini, AirAsia Travel Fair 2025 bukan sahaja mempromosikan rangkaian AirAsia, malah turut menawarkan pakej menarik daripada ejen pelancongan lain. Dengan menyatukan ekosistem pelancongan yang lebih luas, para pengembara dapat menikmati lebih banyak pilihan sambil memperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama bagi pelancongan ke luar negara dan dalam negara.
“Tahun ini kami telah menyambung semula lima laluan dan melancarkan 25 laluan baharu, selaras dengan komitmen untuk membuka lebih banyak perjalanan kepada semua. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) kini berfungsi sebagai hab mega, menghubungkan bandar-bandar utama di seluruh Asean dan meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik sebagai pintu masuk utama pelancong serantau dan antarabangsa”, kongsi Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia.
Foto – AirAsiaSelain itu, salah satu kemuncak AirAsia Travel Fair 2025 ialah diskaun luar biasa untuk penerbangan AirAsia, menawarkan potongan sehingga 35 peratus untuk laluan terpilih.
Laluan baharu seperti Kuala Lumpur–Tashkent, Istanbul, Palembang, Semarang, Banjarmasin dan Darwin pula telah memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab penerbangan utama.
Bukan itu sahaja, rangkaian AirAsia yang merangkumi lebih 130 destinasi di seluruh Asia, Australia, Asia Tengah dan Timur Tengah kini lebih mudah diakses dengan tawaran eksklusif ini.
Sepanjang tiga hari berlangsungnya pameran pelancongan ini, lebih 700 hadiah penerbangan disediakan untuk dimenangi, membolehkan pengunjung berpeluang memenangi penerbangan percuma ke beberapa destinasi paling popular AirAsia dan 100 pelanggan pertama diberi baucar tunai RM100.

3 months ago
75

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
