Agoda Umum Kuala Lumpur Sebagai Destinasi “Micro-Travel” Paling Popular di Asia

4 hours ago 4

Kuala Lumpur dan Pulau Pinang membuktikan bahawa percutian singkat mampu memberikan pengalaman manis dan bermakna.

Kuala Lumpur Destinasi Teratas

via Go Communication

Menurut data tempahan Agoda dari Januari hingga Mei 2025, Kuala Lumpur muncul sebagai destinasi teratas bagi penginapan satu malam di Asia, manakala Pulau Pinang berada di tangga kesembilan.

Kedua-dua bandar ini menampilkan daya tarikan tersendiri — dari kemeriahan bandar ke kekayaan budaya — menjadikannya pilihan utama dalam trend pelancongan ‘micro-travel’.

Konsep ‘micro-travel’, atau percutian singkat, semakin popular dalam kalangan pelancong moden yang mempunyai jadual padat.

Ia sesuai bagi mereka yang ingin berehat tanpa perlu mengambil cuti panjang atau merancang secara rumit.

Percutian satu malam atau sehari membolehkan pelancong menikmati pengalaman bermakna dalam masa yang singkat dan pada kos yang lebih rendah.

Nama Malaysia Kian Meningkat Naik

via Trixoli

Malaysia kini sedang meningkat naik sebagai destinasi pilihan serantau untuk percutian sebegini.

Kuala Lumpur menawarkan tarikan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, manakala Pulau Pinang memikat dengan warisan budaya, seni jalanan, dan makanan tempatan yang memikat selera.

Selain Malaysia, destinasi lain seperti Seoul, Taipei, Manila, Pattaya, Jeju, Nagoya, Kaohsiung, dan Surabaya turut tersenarai sebagai lokasi ideal untuk ‘micro-travel’ menurut Agoda.

Ini membuktikan bahawa percutian yang pendek tidak mengurangkan kualiti pengalaman pelancongan.

Menurut Fabian Teja, Pengarah Negara Agoda bagi Malaysia dan Brunei, pelancong kini mencari cara bijak untuk bercuti tanpa menjejaskan komitmen kerja.

Dengan lebih 5 juta tempat penginapan dan tawaran hebat melalui aplikasi mudah alihnya, Agoda kekal menjadi platform pilihan bagi mereka yang ingin merancang percutian singkat yang menyeronokkan dan fleksibel.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |