5 Pasangan Bollywood Yang Didakwa Berpisah Kerana Ibu: Dari Ranbir-Katrina Hingga Shahid-Kareena

2 days ago 9

Bagi setiap pasangan termasuklah selebriti. mendapat restu daripada keluarga terutamanya ibu bapa adalah penting untuk hubungan mereka melangkah ke fasa seterusnya.

Walaupun begitu, tak ramai yang mendapat restu daripada ibu bapa masing-masing, yang akhirnya terpaksa pasangan ini memilih untuk berpisah.

Berikut Murai kongsikan lima pasangan selebriti Bollywood, yang didakwa  berpisah gara-gara penglibatan ibu mereka dan tidak mendapat restu.

  • Rani Mukerji & Govinda 

Govinda yang telah berkahwin dengan Sunita Ahuja, didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Rani Mukerji ketika penggambaran filem ‘Hadh Kar Di Aapne’. Menurut laporan, seorang wartawan telah menangkap Govinda dan Rani berada dalam bilik hotel.

Foto – ABP News / Aaj Tak

Mendengar berita ini, Sunita memutuskan untuk tinggalkan rumah Govinda dan pulang ke rumah ibu bapanya. Manakala ibu bapa Rani tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan bertegas untuk Rani tidak meneruskannya walaupun Govinda sering memberi hadiah mahal untuknya.

  • Preity Zinta & Ness Wadia 

Menjalinkan hubungan dengan seorang hartawan perniagaan iaitu Ness Wadia, Preity Zinta akhirnya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan 4 tahun mereka selepas dia mendakwa Ness telah menamparnya di sebuah parti.

Foto – Masala

Pada tahun 2009, Preity telah menuduh Ness melakukan pencabulan fizikal dan penderaan mental. Manakala ibu Ness, Maureen pula tidak merestui hubungan mereka sehingga mengatakan, “Saya tidak kisah walaupun Ness berkahwin dengan seekor kuda belang”.

  • Katrina Kaif & Ranbir Kapoor 

Selepas bekerjasama dalam filem ‘Ajab Prem Ki Ghazab Kahani’, muncul pula gambar percutian Ranbir dan Katrina yang viral. Kedua-duanya dilihat bercuti bersama di Ibiza.

Foto – Hindustan Times

Menjalinkan hubungan selama 6 tahun, pasangan ini dikatakan berpisah kerana tidak direstui oleh ibu Ranbir, Neetu Kapoor, Terdapat spekulasi bahawa Neetu akan menahan diri daripada mencurahkan kasih sayangnya kepada Katrina dan dia juga telah memotong gambar aktres itu daripada gambar keluarga semasa salah satu sambutan Krismas tahunan mereka.

  • Kareena Kapoor & Shahid Kapoor 

Ketika Shahid berusia 23 tahun, aktor itu memberitahu dia dan Kareena berkongsi ikatan yang hebat. Tetapi hubungan mereka tidak lama apabila muncul berita perpisahan mereka semasa penggambaran filem ‘Jab We Met’.

Foto – Masala

Walaupun pasangan ini tidak mendedahkan sebab sebenar, tetapi menurut beberapa laporan, ibu dan kakak Kareena telah menentang hubungan mereka. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan Kareena bersikap obsesi dengan Shahid sehingga dia meminta semua pengarah untuk melakonkan mereka bersama.

  • Karisma Kapoor & Abhishek Bachchan 

Tak ramai yang tahu Karisma dan Abhishek menjalinkan hubungan hampir 5 tahun sebelum bertunang. Pertunangan mereka diumumkan ketika sambutan ulang tahun 60 tahun Amitabh Bachchan.

Foto – Bollywood Shaadis

Selepas 4 bulan bertunang, kedua-dua keluarga membatalkan pertunangan secara tiba-tiba. Menurut laporan. ibu Karisma membatalkan pertunangan kerana keadaan kewangan Abhishek tidak berapa stabil dan mengalami banyak kerugian akibat syarikat produksinya.

Sedih kan apabila tidak mendapat restu keluarga, terutamanya ibu…

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |