Dalam kalangan pembaca, MURAI percaya ada yang sudah gunakan kredit RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada 31 Ogos baru-baru ini. Adakah kamu sudah guna kesemua amaun kredit dalam MyKad atau masih ada bakinya?
Jika ada baki, kamu boleh gunakan amaun kredit lebihan itu pada hari, minggu atau bulan seterusnya sehingga akhir Disember 2025. Tapi sebelum itu, kamu perlu semak baki terlebih dahulu sebelum membuat pembelian baharu.
Nak tahu caranya?
Bagaimana Nak Guna Kredit RM100 SARA Dalam MyKad?
Berdasarkan 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan oleh kerajaan, penerima SARA boleh gunakan kredit bantuan untuk membeli seperti berikut:
- Bawa MyKad penerima dan kunjungi premis runcit berdaftar berdekatan.
- Pilih barang keperluan yang mempunyai label SARA di tanda harga,
- Tunjukkan MyKad di kaunter pembayaran, bertujuan untuk pengesahan penerima SARA.
- Juruwang akan imbas barangan yang diambil dan bayaran dibuat menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
Jika pembelian melebihi had kredit atau membeli barangan selain kategori SARA, penerima perlu membayar barangan tersebut secara tunai.
5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA
Bagi penerima SARA yang mahu menyemak baki kredit dalam MyKad, kamu boleh lakukannya secara dalam talian di portal rasmi SARA seperti berikut:
Foto – sara.gov.my / checkstatus.mykasih.net- Layari portal rasmi SARA [https://sara.gov.my/].
- Di bahagian halaman utama SARA, tekan “SEMAK KELAYAKAN” untuk dibawa ke halaman MyKasih.
- Di portal “Semakan Status” MyKasih, masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-).
- Kemudian tekan butang “Semakan Status”.
- Maklumat “Baki Bayaran” akan dipaparkan.
Selain daripada cara ini, kamu juga boleh semak baki melalui aplikasi MyKasih dan juga semakan resit pembelian.
Foto – bantuantunai.hasil.gov.my/Pesan MURAI, pastikan kamu sentiasa alert dan menyemak nilai baki kredit SARA dalam MyKad untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa membuat pembayaran. Semoga bermanfaat!

2 months ago
112

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)