Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

2 days ago 15

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada 5 Januari, baru-baru ini.

Kongsi Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson di Instagram, dia yang mengakui merasa tidak percaya dengan usia Isaac yang berusia lima tahun itu turut berharap dapat menghentikan waktu kerana anaknya dilihat telah membesar dengan terlalu pantas.

“Selamat hari lahir kelahiran pertamaku, my baby. Saya menyayangi kamu dengan sepenuh hati saya. Saya tak percaya kamu sudah berusia lima tahun. Mummy berharap dapat bekukan waktu kerana kamu membesar terlalu pantas.

Kamu dan Inara adalah sinar, kasih sayang, gelak tawa dalam hidup mummy dan daddy. Kami gembira mempunyai anak yang hebat seperti kamu. Alhamdulillah. Always be ayang mummy ❤️.”-kongsi Zahirah di Instagram

“Bertuah Betul Isaac Dapat Mama Papa & Keluarga Macam Ni..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir buat Isaac, malah ramai yang mendoakan agar di putera kepada Aiman dan Zahirah ini membesar menjadi anak yang soleh di dunia serta akhirat.

“HB Isaac yang tinggi dan handsome, nak lock jadi menantu please 😂.”

“Besar dah adik dia comel both of them.”

“Semakin membesar semakin cantik adik, abang pulak makin handsome. Dua-dua cute. Putih bersih.”

“Bertuah betul Isaac dapat mama dan papa dan keluarga macam ni. HB dear semoga terus membesar dengan baik, soleh dan handsome.”

Sekadar info, Zahirah Macwilson mendirikan rumah tangga bersama aktor, Aiman Hakim Tidza pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isaac Raees, dan Inara Raisa.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |