Bagi mereka yang kerap terbang, pengalaman perjalanan lama-kelamaan mengajar satu perkara penting. Bukan semua penerbangan tentang sampai cepat. Ada masanya, yang kita mahukan hanyalah perjalanan yang tenang, teratur dan tidak memenatkan emosi. Inilah yang cuba dibawakan semula oleh Vietjet menerusi pengenalan kembali SkyBoss, kelas tambang premium khas buat penumpang Malaysia bagi laluan terus ke Vietnam.
SkyBoss kini ditawarkan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang, menjadikan perjalanan kerja atau percutian terasa lebih kemas sejak langkah pertama di lapangan terbang.
1. Perjalanan bermula di lapangan terbang, bukan di udara sahaja
Berteraskan semangat “Wings for Leaders”, SkyBoss menjadikan pengalaman terbang lebih tersusun sebaik penumpang tiba di lapangan terbang. Daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan menaiki pesawat dilakukan secara keutamaan, satu kelegaan buat mereka yang menghargai masa dan tidak gemar beratur panjang.

Penumpang SkyBoss turut menikmati akses ke ruang menunggu premiumBagi MURAI, inilah bentuk keselesaan sebenar. Tiada drama, tiada kelam-kabut. Perjalanan terasa lebih perlahan, lebih terkawal, dan jujurnya, lebih menyenangkan.
Lebih menarik, penumpang SkyBoss turut menikmati akses ke ruang menunggu premium, memberikan ruang untuk berehat, bekerja atau sekadar menarik nafas sebelum penerbangan bermula.
2. Hidangan dan layanan yang buat kita rasa “diuruskan dengan baik”
Di dalam pesawat, SkyBoss membawa pengalaman yang jarang ditawarkan dalam kelas tambang seumpamanya. Hidangan panas tanpa had disediakan segar sepanjang penerbangan, menampilkan rasa ikonik Vietnam seperti Pho, Banh Mi dan kopi susu Vietnam.
Bukan sekadar makan, tetapi satu pengalaman kecil yang membuatkan perjalanan terasa lebih peribadi. Ditambah pula dengan layanan kru kabin Vietjet yang mesra dan profesional, setiap perincian dijaga tanpa rasa dibuat-buat.
Kadangkala, perkara kecil inilah yang membuatkan penumpang turun dari pesawat dengan senyuman.
3. Harga premium yang masih masuk akal untuk kerap travel
Lebih daripada sekadar kelas tambang, SkyBoss mencerminkan pendekatan Vietjet terhadap perjalanan premium yang praktikal, selesa, cekap dan menyeluruh. Dengan tambang sehala bermula serendah RM520 termasuk cukai dan yuran, ia menawarkan nilai yang realistik, terutamanya buat mereka yang kerap berulang-alik atas urusan kerja atau merancang percutian yang lebih berkualiti.

Antara keistimewaan SkyBoss termasuk:
- Had bagasi kabin sehingga 10kg
- Had bagasi daftar masuk sehingga 30kg, termasuk satu set beg golf
- Akses ke ruang menunggu premium (mengikut waktu operasi)
- Daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan menaiki pesawat secara keutamaan*
- Pemilihan tempat duduk keutamaan
- Hidangan panas dan segar tanpa had sepanjang penerbangan
- Talian khidmat pelanggan khas: +84 1900 6896
*Tertakluk kepada kemudahan lapangan terbang
Lebih daripada kelas tambang, ini tentang perjalanan yang berjiwa
Bagi MURAI, SkyBoss bukan tentang kemewahan yang berlebihan. Ia tentang rasa dihargai, tentang perjalanan yang tidak mencuri tenaga, dan tentang pengalaman terbang yang akhirnya selari dengan gaya hidup hari ini, pantas, praktikal dan tetap berjiwa.
Dan untuk ‘kaki travel’, mungkin inilah peringatan bahawa terbang boleh jadi satu pengalaman yang menyenangkan, bukan sekadar rutin yang perlu dilalui.

2 days ago
17





































![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)





![[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/04fc9a52-2eb9-4c44-8331-40dff8120702.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-24.jpg)



![[VIDEO] Kali Ini Fattah Amin Memilih Bercinta Lepas Kahwin-“Hadiah Amira Buat Bakal Suami”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/IMG_0198.jpg)
![[VIDEO] “Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya”-Aina Abdul](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/IMG_1082.jpeg)