Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tok Ram yang membawa anak perempuannya iaitu Izzara bercuti di salah satu pantai di Malaysia.
@alyah81officialHebatnya cinta mereka sampai diriku ini hanya seorang juru camera sahaja ohhhhhh tidakkk.😭 Salam jumaat semua 🥰 #fyppppppppppppppppppppppp #fypageシ #malaysiatrending #fyp #fypage
♬ Kehebatan Cinta – Francissca Peter & Jamal Abdillah
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tok Ram tampak seperti seorang bapa yang sangat penyayang terutamanya apabila bersama anaknya itu.
“anak perempuan memang cenggitu lah datin, gaya tok ram ni rasanya zara masuk sekolah dia buat khemah kat gate sekolah hahahaha”
“datin hanyalah orang ketiga sahaja dalam cinta mereka, dah main jauh jauh hahahah”
“bertabahlah nasib saya ada anak laki, kalau tidak cintaku dirampas seperti ini haha”
“cinta pertama anak perempuan adalah ayah nya”
“mesti hilang garang tok ram bila dengan zara”

Info Tambahan, Dato’ Ramli bin Mohd Salleh, atau lebih dikenali sebagai Ramli M.S. dan disapa mesra Tok Ram, adalah seorang maestro muzik Malaysia yang terkenal dengan sumbangannya dalam industri seni tanah air. Dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, beliau menukar kerakyatan Malaysia pada 1989.
Walaupun hanya menamatkan pendidikan hingga darjah enam kerana kesusahan hidup, Tok Ram memulakan kerjaya muziknya seawal usia 14 tahun, belajar secara autodidak melalui pembacaan dan bimbingan insan seni.
Beliau terkenal sebagai pemuzik, penggubah lagu, pengarah muzik, dan konduktor berbakat, dengan pengalaman luas di Hong Kong dan Malaysia. Tok Ram pernah berkhidmat sebagai pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, serta memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Susunan Muzik Terbaik. Ketegasan dan disiplinnya menjadikan beliau ikon dalam industri muzik Malaysia.
Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

1 month ago
62

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)