Nama dua pelakon Bollywood popular, Aamir Khan dan Salman Khan kembali menjadi bualan ramai apabila Aamir menceritakan kisah di sebalik tabir filem ‘Andaz Apna Apna‘ (1994).
Disebabkan oleh filem tersebut, Aamir nampaknya pernah berikrar tidak akan bekerjasama lagi dengan Salman dalam mana-mana filem selepas penggambaran tamat.
Foto – IMDbMenerusi program temu bual “Two Much” yang dihoskan oleh Kajol dan Twinkle Khanna, Aamir telah meluahkan rasa terkilannya dengan sikap Salman di set penggambaran ‘Andaz Apna Apna‘ (1994).
“Saya rasa dia pelakon yang tidak menepati masa. Penggambaran bermula pada pukul 9 pagi tetapi dia tidak akan sampai sehinggalah pukul 12 tengahari. Dia akan tidur dan makan tengah hari dulu. Separuh hari sudah dibazirkan. Malah dia juga pernah melayan saya seperti pembantunya.”

Mendengar luahan Aamir, Salman Khan tampil menjelaskan kisah sebenar di sebalik sikapnya itu.
“Pada masa itu, saya sedang mengerjakan 15 filem secara serentak. Saya bekerja tanpa henti dari pagi hingga lewat malam. Jadi wajarlah jika saya sangat letih apabila tiba di set penggambaran ‘Andaz Apna Apna’. Aamir salah faham dan menganggap saya tidak serius tentang kerja saya.”
Walaupun kedua-dua pelakon ini menghadapi ketegangan dalam persahabatan, Aamir mengakui hubungan mereka bertambah baik selepas melalui detik yang sukar dalam hidupnya. Dia berkongsi persahabatannya dengan Salman kembali pulih selepas perceraiannya dengan Reena Dutta.
“Salman datang rumah untuk makan malam bersama, dan dari saat itulah kami kembali rapat. Salman juga membantu saya menjaga anak, Junaid. Dia sangat rapat dengan Junaid sejak dia masih bayi.”
Pada masa yang sama, Aamir Khan turut menyedari bahawa dia berlaku “terlalu keras” dan “menghakimi” Salman Khan pada masa itu. Dia juga menyedari bahawa setiap orang tidak sama. Apa pendapat kamu?

1 month ago
78

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)