Baru-baru ini nama Nissa Sabyan menjadi bualan hangat warga Indonesia, apabila ahli kumpulan nasyid Sabyan Gambus itu didakwa sedang hamil anak pertama.
Khabar angin mengenai kehamilannya itu tersebar selepas bahagian perut Nissa kelihatan sedikit buncit walaupun mengenakan gaun kuning longgar di salah sebuah majlis.
Selain perubahan fizikalnya, pergerakan Nissa yang lebih berhati-hati membuatkan ramai yang yakin bahawa ahli kumpulan Sabyan Gambus itu sedang hamil anak pertama.
@hiburanmasaterkiniNisya Sabyan Lagi Hamil 🔥🔥 Waktu dan Tempat di persilahkan ya para netizenn 👇👇👇 #nisyasabyan #hamil #sabyangambus #BCAQQ #viral
♬ suara asli – HIBURANMASATERKINI – HIBURANMASATERKINI
Haji Komar, iaitu bapa Nissa Sabyan tampil menjawab soalan media Indonesia yang ‘berkampung’ di kawasan kediaman keluarganya. Dengan tegasnya, dia memberitahu bahawa anak perempuannya itu tidak hamil.
“Saya ada tetamu, jumpa lagi. Belum, belum, belum (merujuk kepada soalan mengenai berita kehamilan Nissa).”
@grid.idKlarifikasi Ayah Nissa Sabyan Yang Dikabarkan Nissa Tengah Hamil Anaknya Ayus NissaSabyan NissaSabyanHamil AyusSabyan NissaAyus GridID #tiktoktainment
♬ original sound – Grid ID – Grid ID
Ketika ditanya lebih lanjut mengenai berita itu adalah palsu, Haji Komar hanya mampu menangguk tanpa menambah sebarang komen dan segera menutup pintu pagar.
Memetik kenyataan di Banjarmasin Post, salah seorang jiran keluarga Nissa mendedahkan bahawa Nissa jarang bergaul dengan penduduk setempat. Malah tingkap rumahnya ditutup dengan langsir dan pagarnya pula ditutup setiap masa.
“Dia jarang keluar, pintu rumahnya selalu tertutup. Jika pengurus rumah ingin keluar, pintu pagar akan berpdlock dan kunci dibawa.”
Untuk rekod, Nissa Sabyan telah berkahwin dengan Ayus Sabyan pada 4 Julai 2024 di kediaman keluarga Nissa yang terletak di Jatiwaringin, Bekasi, Indonesia.
Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan secara tertutup selepas kakak Ayus iaitu Fadhila Nova telah mendedahkan hubungan sulit mereka. Hubungan sulit ini telah membuatkan rumah tangga Ayus dan bekas isterinya, Ririe Firdaus berakhir dengan perceraian pada Mac 2021.
Untuk makluman semua, sehingga ke hari ini Nissa mahu pun Ayus tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung berita kehamilan itu.

1 month ago
91

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)