Taufiq Hanafi Kesal Disoal Mengenai Kes ‘YEYE’ Dalam Kem Tentera-“Aku Ni Pelakon Filem Askar Je…”

2 days ago 18

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai budaya gelap dalam dunia ketenteraan iaitu persundalan perempuan ‘yeye’ menjadi pemuas nafsu di kalangan sesetengah pegawai tentera di dalam kem tentera.

Turut Mendapat Tempias

Isu yang tular tersebut turut memberikan tempias terhadap pelakon, Taufiq Hanafi yang dikenali dalam filem aksi ketenteraan PASKAL The Movie yang turut disoal netizen mengenai ‘yeye’.

Jelas Taufiq menerusi hantaran di Threads, dia hanyalah seorang pelakon dalam filem ketenteraan dan bukanlah seorang tentera yang sebenar.

“Aku ni pelakon filem askar je. Bukan askar betul. Tak payah la DM tanya pasal yeye tu. Setan betul.”-tulis Taufiq di Threads

“Sekali Yang Jatuhkannya, ‘Diorang’ Jugak…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur dengan hantaran Taufiq, malah ada yang turut memberi pendedahan mengenai ‘yeye’.

“Yeye tu wujud berzaman…sejak arwah suami kiter pegawai junior kpl 1093883 kor KPA logistik ATM kem Wardie burn setapak…Pegawai senior nya paling kuat yeye..dan arwah SABAR melayan kerenah pegawai nya ..sehingga absence THTC. Gejala yeye ni tak dapat dibendung lagi .”

“Hahaha siawlah kelakar tak memasal yang pelakon pun kena bersoal jawab.”

“Penatkan, susah-susah buat filem nak naikkan darjat. Pelakon pulak kena berlakon siang malam ke pagi. Sekali yang jatuhkannya, ‘dorang’ jugak. I said what i said.”

“Kesian ustaz kita kena petik pasni ghisau habis semua yang dalam paskal tu kena dm tanya pasal yeye buang masa betul hahaha.”

Sebelum ini, penyanyi rap, Caprice membuat pendedahan berani oleh beberapa individu yang mendedahkan  budaya ‘yeye’ dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengejutkan netizen di media sosial.

‘Yeye’ adalah istilah dalaman yang merujuk kepada wanita yang dikaitkan dengan budaya persundalan di dalam aktiviti hiburan dalam kalangan ahli tentera.

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |