Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian apabila memuji bakat salah seorang peserta program realiti terbaru Astro, Talk To My Manager, iaitu Auddra Zulkifly, anak kepada pelakon dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah. Siti yang lebih mesra disapa TokTi dilihat meninggalkan komen ringkas tetapi penuh makna pada sebuah video persembahan Auddra di Instagram dengan menulis, “Boleh pergi jauh Oddah ni,” beserta emoji tepuk tangan.

Menariknya, Auddra atau lebih dikenali dengan panggilan Oddah bukan sahaja anak kepada selebriti terkenal, malah turut dianggap sebagai ‘anak angkat’ oleh Siti sendiri. Tidak hairanlah jika sokongan yang diberikan datang dengan penuh rasa bangga, kerana menurut Siti, beliau sudah mengenali Oddah sejak kecil. Sokongan terhadap Auddra bukan hanya daripada Siti, malah ramai lagi selebriti turut memberi semangat antaranya Nurul Wahab yang mengimbas kembali kenangan bersama Oddah ketika kecil, selain Azza Elite, Aisha Retno dan Ajak Shiro.
Dalam program tersebut, Auddra berjaya memukau barisan juri dan penonton menerusi persembahan bertenaga dengan lagu popular Like Jennie. Ramai netizen turut kagum dengan keberaniannya menyampaikan lagu berbahasa Korea dengan sebutan yang jelas serta penghayatan yang mantap. Malah, ibunya sendiri, Sharifah Shahirah, menerima pujian apabila dilihat berjaya menggalas tanggungjawab sebagai ‘manager’ untuk anaknya dengan baik.

Program Talk To My Manager yang mula bersiaran Ahad lalu membariskan lapan peserta, semuanya terdiri daripada anak-anak selebriti popular tanah air yang ingin membuktikan bakat masing-masing. Selain Auddra, antara yang turut serta ialah Amad, anak kedua Siti Saerah yang juga anak saudara kepada Siti Nurhaliza, Thalita anak Shuib, Ara anak Aziz M. Osman, Hadie anak Ina Naim, Ammar anak Ameng Spring, Marsha anak Liza Hanim dan Athalia anak Sharifah Zarina. Dengan sokongan penuh daripada selebriti ternama termasuk TokTi sendiri, tidak mustahil program ini bakal melahirkan bintang baharu yang mampu mencipta fenomena tersendiri.

2 months ago
134

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)