Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sebak melihat anak sulungnya, Ammar Ahyan yang semakin menjadi membesar selepas memuatnaik satu video di media sosial.
Terharu Lihat Ammar Daftar Masuk Kolej
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Aliff di Instagram, dia sebagai bapa akui masa berlalu begitu pantas selepas menemani Ammar ketika pendaftaran di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Alhamdulillah Ammar dah nak masuk kolej dah, cepat sangat masa berlalu, papa rasa dah tua sangat dah sebab baru semalam Ammayan kecik lagi,
sekarang dah nak masuk kolej, anak abah anak yang hebat.”-kongsi Aliff di Instagram
“Ammar Ni Nampak Je Blur. Tapi Akademik Alhamdulillah…”
Tambah Aliff, dia mengakui Ammar seorang anak yang sangat bijak walaupun kadangkala kelihatan ‘blur’ selain memohon doa orang ramai agar urusan anak lelakinya menuntut ilmu dipermudahkan.
“Sebenarnya kan papa rasa papa dah tua sangat. Dulu papa yang masuk Taylor, sekarang Ammar pula. Tapi Ammar anak yang bijak. Kalau tak bijak, tak payah la masuk kolej mahal-mahal ni.
Kos dia memang mahal, makan ratus ribu. Jadi anak abah ni, abah percaya dia seorang anak yang rajin. Ammar ni nampak je blur, tetapi akademik Alhamdulillah.
Doakan Ammar habis je Foundation ni, dia akan terus ke UK. Doakan Ammar Ahyan berjaya.”-kata Aliff lagi
Netizen Terhibur!

Perkongsian Aliff dibanjiri komen netizen yang menitipkan ucapan tahniah buat Ammar, malah ramai yang terhibur dengan ‘statement’ Aliff yang menganggap anak lelakinya itu ‘blur’.
“Kalau tak bijak tak payah la masuk kolej mahal-mahal 😂.”
“Alhamdulillah tahniah Ammar Ahyan, moga tak jumpa gadis busuk lagi 😂. Study smart okay.”
“Dia tak blur Dato hahaha. Dia introvert. Sangat pemalu. InsyaAllah lepasni dia dah bergaul dengan ramai kawan, dia akan berubah dari introvert ke ramah & terbuka untuk bercakap dengan ramai lagi orang. Good luck Ammar Ahyan. Semoga berjaya dalam akademik dan berjaya macam mama papa lepas habis study nanti.”
“Ya betul anak blur-blur ni bijak sebenarnya, dia fikir panjang. Macam anak saya jenis blur pendiam tak cakap banyak, cakap bila perlu. Di Universiti dapat Dekan tahun ni tahun akhir degree.”
“Muka teruja dan happy dia 😂.”
Apa komen anda?

3 months ago
133

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
