Lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin ternyata memberi kesan besar kepada penyanyi antarabangsa, Yuna. Keberaniannya berkongsi kandungan mengenai kekejaman di Gaza bukan sahaja mengundang pelbagai reaksi di media sosial, malah turut menjejaskan kerjaya seninya apabila beberapa tawaran persembahan luar negara terhenti serta ribuan pengikut memilih untuk meninggalkan akaunnya.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Ma Zara’ai mengakui sejak mula menzahirkan solidariti, kehidupannya berubah dalam sekelip mata. “Saya tahu ini sukar, tetapi saya ada di sini bersama kamu (Palestin). Saya lihat ramai yang mempunyai jutaan pengikut dan platform besar memilih untuk berdiam diri, sedangkan kita semua sedang menyaksikan Gaza dimusnahkan di depan mata. Sejak saya mula berkongsi kandungan mengenai tembikai (simbol solidariti Palestin), saya kehilangan pekerjaan, malah ada yang saya tolak sendiri. Saya hilang kawan, tidak lagi menerima undangan persembahan di luar negara dan kehilangan lebih 4,000 pengikut. Peminat saya sendiri tidak dapat melihat hantaran saya,” katanya dalam hantaran di Instagram Story.

Meskipun berdepan kehilangan, tekanan dan rasa terasing, penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Cinta Sempurna itu tetap memilih untuk kekal tabah. Katanya, dalam situasi penuh cabaran ini, dia belajar untuk menerima bahawa ada hari dirinya terasa lemah, ada ketika masih ada secercah harapan. “Ada hari saya rasa sangat teruk, ada hari seolah masih ada harapan. Kadang-kadang terasa sukar apabila orang yang saya bekerjasama berpura-pura tiada apa berlaku, seolah genosid itu bukan realiti. Ada hari saya menangis, tetapi setiap hari jiwa saya tetap ada. Dengan jiwa yang masih kuat, saya tahu semuanya akan baik-baik saja,” katanya lagi.

Yuna menegaskan rahsia untuk kekal bertahan adalah tidak berhenti bernafas dan tidak membiarkan diri dibelenggu rasa putus asa kerana itulah yang diinginkan pihak yang menindas. Baginya, perjuangan harus diteruskan biarpun terpaksa berdepan dengan kehilangan dan kesakitan, kerana kebenaran tetap perlu ditegakkan.

2 months ago
134

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)