Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias baru-baru ini dilihat memfailkan tuntutan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong atas dakwaan menjatuhkan reputasi serta nama baik dirinya, syarikat, dan ahli keluarganya.
Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias menerusi hantaran di Instagram, turut mendakwa Beby mengelakkan diri daripada menjawab panggilan serta siaran langsung TikToknya.
“Beby Maembong mengelak jawab call dan saya arahkan dia masuk live TikTok saya. Jangan sembang pacai. Notis tuntutan itu RM80 juta belum dibayar dan kesemua dokumen dan deklarasi.
Maka bila-bila masa sahaja LHDN, SPRM, PDRM dan Kastam, KWSP, Pejabat Buruh dan SSM akan serbu kediaman anda dan premis perniagaan termasuk adik-beradik lain.
Emma Maembong, Chacha Maembng, sila arahkan dia dan suami jawab dah naik live sebab nanti kesian korang semua kena sekali. Sebab dia menyebabkan masalah pada keluarga anda semua.”-tulis Safiey di Instagram

Bertindak Atas Nasihat Peguam
Dalam pada itu, Beby Maembong menerusi hantaran di Threads menjelaskan bahawa dia akan mempertahankan diri dan menegakkan keadilan melalui saluran yang betul selain menyifatkan tidak menjadi kewajipan untuknya menjawab panggilan dan menyertai sesi live usahawan tersebut.
“Tiada sebab untuks aya mengelak panggilan. Dan tiada kewajipan untuk saya masuk LIVE yang tidak membawa sebarang manfaat kepada saya. Level kita tak sama.
Saya bukan berdiam diri, tetapi bertindak atas nasihat peguam saya. Media sosial bukan tempat untuk saya menegakkan keadilan atau menyelesaikan perkara undang-undang.
Saya akan mempertahankan diri dan menegakkan keadilan melalui saluran yang betul.”-jelas Beby Maembong

Safiey Ilias sebelum ini menyatakan bahawa dia membantu Beby Maembong secara percuma dengan memasukkan ‘placement’ logo syarikat Beby dalam klip lagu Syinta Gila pada tahun 2018 tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Apa komen anda?

2 days ago
13





































![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)





![[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/04fc9a52-2eb9-4c44-8331-40dff8120702.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-24.jpg)



![[VIDEO] Kali Ini Fattah Amin Memilih Bercinta Lepas Kahwin-“Hadiah Amira Buat Bakal Suami”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/IMG_0198.jpg)
![[VIDEO] “Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya”-Aina Abdul](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/IMG_1082.jpeg)