Suasana sedikit hangat di Taman Nusantara Prima, Taman Nusa Bayu, dan Pangsapuri Bayu Angkasa pagi tadi apabila lebih kurang 50 penduduk hadir ke sesi townhall untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Dari jauh kedengaran keluhan tentang habuk yang terbang masuk rumah, bunyi bising selepas waktu yang sepatutnya, dan kekesalan kerana aktiviti pembinaan hampir setiap hari mengganggu ketenteraman.
Sesi ini disertai oleh Datuk Pandak Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar, Ahli Majlis Zon 8 MBIP, pegawai MBIP dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), serta wakil pemaju Tropicana Firstwide Sdn Bhd dan pusat data ZDATA Technologies. Antara penduduk yang hadir ialah Abdul Rahman Halim, Ketua Kampung Pulai Gelang Patah, dan Ramli Paiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pusat Data.

Antara isu utama yang dibangkitkan, jelas sekali, adalah pencemaran habuk semasa kerja pembinaan. Tropicana Firstwide sedang melakukan kerja tanah (earthworks), manakala Fasa Dua bangunan ZDATA hampir siap dengan kerja pre-mix yang tidak banyak habuk. Wakil Tropicana menjelaskan mereka sedang menyembur air menggunakan lori tangki dan memasang jaringan di lereng bukit. Tapi dari pemerhatian sendiri, hoarding dan netting yang dipasang masih belum cukup, terutama di bahagian yang berhadapan dengan rumah penduduk.
“Kalau boleh tambah lagi hoarding dan netting, takut habuk masuk rumah lagi,” cadang saya kepada wakil Tropicana. Mereka menerima cadangan itu dengan baik. Malah, Tropicana turut berjanji akan menutup kawasan tanah terdedah dengan jaringan hijau. Stok sebanyak 10,000 meter persegi sedang dihantar ke tapak, dan mereka akan menggunakan hydro-seeding, teknik cepat dan kos efektif untuk menanam tumbuh-tumbuhan serta mengekalkan kelembapan tanah.

Selain itu, penduduk juga menggesa Tropicana melaksanakan CSR. Mereka mahu kos dobi, bil rawatan kesihatan akibat pencemaran udara, dan kos elektrik serta air akibat kerap cuci rumah ditanggung. Pusat cuci kereta percuma yang disediakan sedia ada, tapi jumlahnya masih tidak mencukupi.
Saya sendiri menyaksikan beberapa penduduk yang marah, namun tetap rasional, menyuarakan cadangan dan harapan mereka. Dalam sesi perbincangan yang berlangsung hampir dua jam itu, jelas rasa prihatin dan keinginan penduduk untuk mencari penyelesaian yang praktikal. Tropicana Firstwide kata cadangan akan dipertimbangkan dan keputusan akan diumumkan dalam townhall seterusnya.
Sesuai arahan Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, sesi seperti ini akan diadakan lebih kerap. Matlamatnya jelas: turun padang, dengar suara penduduk, dan cari penyelesaian masalah yang dihadapi masyarakat setempat.

14 hours ago
10






![[VIDEO] Gelagat ‘Random’ Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-12.48.10-PM.webp)

![[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-16-at-11.54.29-AM.webp)


![[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/bb6fe928-26f5-45c1-9a52-c2a54b15fdbe.webp)

































![[VIDEO] Haunted Highlands? Jeritan & Misteri Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-17-at-22.03.13-e1761030586910.jpeg)



