MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

2 days ago 11

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad.

Untuk rekod, MyKasih adalah sebuah program bantuan tunai yang disediakan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih.

Syarat Kelayakan 

Untuk menjadikan diri sebagai penerima yang layak, kamu perlu menepati beberapa syarat kelayakan seperti:

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Berstatus eKasih
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Bukan eKasih

Semakan Kelayakan MyKasih 

Pemohon boleh menyemak kelayakan MyKasih 2026 melalui dalam talian seperti:

1. Portal SARA [SEMAK SINI

  • Di portal Semakan Status MyKasih, masukkan nombor MyKad tanpa (-) di ruangan yang disediakan.
  • Tekan butang “Semakan Status” dan maklumat penerima akan dipaparkan.

2. Portal MySTR [SEMAK SINI

  • Masukkan nombor MyKad dan semak.
  • Isi ‘Kata Laluan’ yang dicipta semasa pendaftaran dan klik ‘Loh Masuk’.
  • Butiran maklumat penerima dan status kelayakan SARA dipaparkan.

Jumlah Bayaran Bantuan 

SARA MyKasih akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima mengikut jadual yang ditetapkan seperti:

1. Penerima berstatuskan eKasih:

  • Kategori isi Rumah: RM200
  • Kategori Warga Emas: RM150
  • Kategori Bujang: RM100

2. Penerima bukan eKasih: 

  • Kategori isi Rumah: RM100
  • Kategori Warga Emas: RM50
  • Kategori Bujang: RM50

Cara Gunakan SARA MyKasih Guna MyKad

  1. Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar.
  2. Tunjukkan MyKad di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
  3. Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
  4. Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
  5. Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi MyKasih Foundation [www.mykasih.com.my], portal SARA [https://www.sara.gov.my/] atau hubungi talian bantuan MyKasih [03-7720 1800].

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |