Mengaku Bergaduh Dengan Aishwarya Rai, Salman Khan Akui Pernah Ugut Mahu Lompat Bangunan

3 days ago 8

Sejujurnya ramai yang tak boleh lupakan kisah hubungan toksik di antara Salman Khan dan bekas kekasihnya, Aishwarya Rai. Hubungan mereka adalah salah satu kisah yang paling kontroversi dan berprofil tinggi dalam sejarah Bollywood.

Walaupun kedua-duanya telah menjalani kehidupan yang lebih bahagia sekarang, Murai terjumpa sebuah temu bual  lama Salman Khan bersama Bombay Times pada 2011. Dalam temu bual ini, aktor itu bercakap mengenai hubungannya dengan Aishwarya dan insiden yang berlaku ketika mereka bersama, termasuklah kejadian pada November 2001.

Foto – The Express Tribune

Menerusi temu bual itu, Salman mendedahkan bagaimana dia telah mencipta satu kekacauan di luar rumah Aishwarya yang terletak di Gorakh Hill Tower. Aktor itu telah mengetuk rumah bekas kekasihnya secara berterusan sepanjang malam.

Foto – Times of India

Apabila ketukannya tidak diendahkan, Salman menjadi berang dan mengugut untuk terjuk dari bangunan rumah Aishwarya, terletak di tingkat 17, jika dia tidak dibenarkan masuk. Pertelingkahan antara mereka didakwa berlaku pada jam 3 pagi.

“Kejadian ini adalah benar. Tetapi semua itu sudah berlalu. Saya ada hubungan dengan dia, tetapi kalau awak berdua tak bergaduh, maknanya tiada cinta.”

Foto – Pinterest / Bollywood Shaadis

Dedahnya pergaduhan dan pertengkaran yang berlaku di antara mereka adalah disebabkan oleh cinta. Selepas daripada kejadian itu, polis telah mengeluarkan larangan terhadap Salman, untuk tidak lagi ke rumah Aishwarya.

Foto – Bizrahmed

Aishwarya sebelum ini pernah bercakap tentang masalah hubungan mereka dan mendedahkan isu yang dia hadapi sepanjang bersama aktor itu. Dakwanya, dia terpaksa bertahan dengan sikap mabuk Salman serta menerima penderaan fizikal, emosi dan lisan, perselingkuhan dan penghinaan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |