Kars, Ağrı & Van: Lokasi Türkiye Yang Tak Ramai Singgah Padahal Cantik Gila!

4 hours ago 3

Percutian musim sejuk kini makin jadi pilihan ramai. Menurut Indeks Perjalanan Musim Sejuk Tripadvisor, 60% pelancong memang dah siap merancang getaway sejuk mereka, manakala tempahan pula naik 45% berbanding tahun sebelumnya. Nampaknya, makin ramai yang nak rasa suasana bandar meriah musim sejuk atau sekadar lari sekejap ke tempat yang ada “vibe” unik.

Türkiye, negara yang memang all-rounder sepanjang tahu, sekali lagi muncul sebagai destinasi yang bukan sahaja cantik, malah sarat dengan budaya, sejarah purba, dan makanan yang buat ramai tak move on. Tapi MURAI nak bawa andake lokasi yang kurang diberi spotlight. Yang sebenarnya jauh lebih memukau dari yang anda bayangkan!

Kars: Bandar Musim Sejuk Yang Rare Tapi Cantik Betul

Lake Çıldır, Kars

Terletak di laluan terkenal Touristic Eastern Express, Kars ialah “permata senyap” Türkiye. Keindahan seni bina, landskap putih salji dan suasana tenang dia memang lain macam. Dari Tasik Çıldır yang membeku hingga kawasan ski Sarıkamış yang terkenal dengan salji kristal, semuanya ibarat postcard hidup.

Tapi destinasi wajib singgah tentulah Tapak Arkeologi Ani, tapak Warisan Dunia UNESCO. Ani pernah digelar “kota seribu satu gereja” dan merupakan pusat budaya serta perdagangan di Laluan Sutera. Hari ini, tinggalan runtuhan merah bata di tanah lapang itu seakan mengajak pengunjung menyelami kembali zaman kegemilangannya.

Ani Archaeological Site, Kars

Wajib cuba di Kars:
Keju kaşarı & Gruyere! Kars memang antara “ibu kota keju” Türkiye. Jangan lupa singgah Muzium Keju Kars, dan untuk makan malam, cuba sajian angsa tradisional serta hingel, dumpling versi tempatan yang confirm padu.

Ağrı: Jejak Agung Uthmaniyyah & Misteri Bahtera Nabi Nuh

Seterusnya, kita ke Ağrı. Di sini berdirinya Istana İshak Pasha, sebuah istana Uthmaniyyah yang menjadi inspirasi kepada Istana Topkapı di İstanbul. Campuran seni bina Uthmaniyyah, Parsi dan Seljuk menjadikan bangunan ini bukan biasa-biasa. Kompleknya lengkap: masjid, madrasah, dapur, rumah mandi bahkan penjara bawah tanah.

İshak Pasha Palace, Ağrı

Teknologi paling mind-blowing? Sistem pemanasan berpusat! Untuk struktur berusia ratusan tahun, itu memang genius.

Jangan terlepas:
Lokasi istana ini terletak di kaki Gunung Ararat, tempat yang dipercayai sebagai lokasi mendaratnya Bahtera Nabi Nuh. Pemandangan dia memang “cinematic”.

Mount Ağrı

Van: Penutup Percutian Dengan Pulau Akdamar Yang Misteri & Magis

Akhiri perjalanan di Van, bandar di tepi tasik terbesar Türkiye, Tasik Van. Dahulu pusat tamadun Urartian dan kemudian dihuni pelbagai kerajaan, Van memang kaya dengan sejarah berlapis-lapis.

Lepas menikmati sarapan Van (yang terkenal sebagai antara sarapan terbaik Türkiye), naik bot menuju ke Pulau Akdamar. Pulau kedua terbesar di Tasik Van ini menempatkan Gereja Akdamar, katedral zaman pertengahan yang dibina sebagai gereja diraja.

Akdamar Island

Ukiran batu dan lukisan dindingnya begitu halus dan menggambarkan pengaruh seni Turki Asia Tengah—serius, korang kena tengok sendiri.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |