Pelakon Korea Selatan, Lee Dong Gun telah disahkan menghidap ankylosing spondylitis semasa penampilannya di episod akhir program realiti ‘My Little Boy’ terbitan SBS.
Dalam episod tersebut, Dong Gun telah melawat hospital untuk rawatan mata kanannya yang kelihatan merah. Semasa rawatan, Dong Gun memberitahu doktor bahawa dia berulang kali mengalami uveitis iaitu satu bentuk keradangan mata yang menjejaskan lapisan tengah tisu mata.
Apa yang merisaukan doktor, pelakon itu memberitahu bahawa dia telah menghidapinya selama setahun.
Foto – ChosunMendengar penjelasan Dong Gun, doktor berpendapat bahawa pelakon itu berkemungkinan mengalami ankylosing spondylitis iaitu penyakit radang yang dicirikan oleh tulang belakang yang kurang fleksibel dan mungkin menyebabkan beberapa tulang di tulang belakang bercantum.
“Ankylosing spondylitis sering menunjukkan uveitis sebagai gejala pertama, Penyakit jarang berlaku ini menjejaskan kira-kira 1% penduduk Korea, menyebabkan tulang belakang beransur-ansur menjadi kaku dan bersatu.”
Foto – KoreabooDoktor juga menjelaskan bahawa penyakit Dong Gun boleh dikategorikan sebagai tahap 2 atau 3 kerana keradangan uveitis pelakon ini sering berulang.
Keputusan X-ray awak (Dong Gun) diklasifikasikan sekitar peringkat 2 hingga 3 berdasarkan uveitis berulang dan keradangan sendi sacroiliac, ankylosing spondylitis boleh didiagnosis. Jika tidak tahu puncanya dan tiada penawar, awak perlu menghadapinya seumur hidup.”
@user6913916945342이동건 충격적인 눈 상태 1_만 걸리는 희귀병 #연예인 #배우 #가수 #슈퍼맨이돌아왔다 #조선의사랑꾼
♬ original sound – user6913916945342 – user6913916945342
Dong Gun yang mendengar penjelasan doktor, memberitahu bahawa dia menghadapi masalah kesihatan ini selama setahun. Matanya akan berdarah dan susah untuk fokus.
“Kadang-kadang mata saya susah untuk fokus dan berdarah. Pandangan saya juga mula merosot dan makin sensitif dengan cahaya. Apabila mata saya pedih, saya akan titiskan antibiotik yang disarankan oleh doktor ke dalam mata. Sekarang saya bergantung sepenuhnya dengan ubat titis mata.”
Doktor turut memberi amaran kepada Dong Gun mengenai tabiat gaya hidupnya. Dong Gun disarankan untuk melakukan terapi fizikal, senaman dan mengambil ubat-ubatan yang diperlukan atasa saranan doktor serta menguruskan dietnya dan menahan diri daripada mengambil alkohol serta merokok.

1 month ago
68

![[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Disebabkan-para-peminat-yang-setia-Hafiz-Suip-kembali-bersinar-dan-kekal-berkarya.-🤍Hafiz-Suip-e1762489418374.jpg)

![[VIDEO] Nubhan Kongsi Momen Dengan Anak-Anak, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8206.jpg)











![[VIDEO] Syed Saddiq Buat Trend ‘Kacamata’, Netizen ‘Cemburu’!-“Ni Afgan Pun Kalah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/c6353744-20b2-4437-bfe4-e6bc67986d55.jpg)
![[VIDEO] Telatah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Sambil Potong Telur Buatkan Netizen Terrhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-5.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-4.jpg)
![[VIDEO] Fatima Mahu Daddy Baru, Akan Pilih Sendiri Jodoh Buat Fazura](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2146.jpeg)











![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)




![[VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-14-at-11.53.40-AM.png)
![[VIDEO] “Guna Nama Anak Untuk Shopping” – Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/siti-feat.png)

![[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert ‘Cinta’ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/🌙✨-Biarkan-malam-berbisik-rahsianya-muzik-memeluk-jiwa-kamu…BCL-Eternal-Love-–-Timeless-Roma-e1752560636590.jpg)







![[VIDEO] Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq, Netizen Terharu!-“Part YB Terkejut..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/6aa227e6-8744-42d9-b3c5-d33d2a6072f7-1.jpg)