“Hometown Jungkook BTS”- AirAsia Terbang Semula Ke Busan & Ini Sebab Kenapa Laluan Ini Penting

2 hours ago 2

Kalau sebut Busan, ramai yang terbayang pantai cantik, udara segar dan vibe bandar pesisir yang sentiasa hidup. Dan kini, berita yang sudah lama dinantikan akhirnya tiba,  AirAsia X (AAX) officially back in Busan.

Selepas beberapa tahun menunggu, laluan Kuala Lumpur–Busan kembali aktif bermula 17 Jun 2026, dengan empat penerbangan seminggu. Dan kalau nak tahu, ini bukan comeback biasa-biasa. Ia membawa makna besar, bukan saja untuk travellers, tapi juga industri pelancongan Malaysia dan Korea Selatan.

Jadual penerbangan.

Untuk peminat K-pop, Busan ada satu lagi aura, ia kampung halaman Jungkook BTS, yang membesar di kawasan Mandeok-dong, pergi sekolah di Baekyang Elementary, sebelum berpindah ke Seoul untuk latihan seni.

Kenapa Route Ini Besar Gila?

Pertama sekali, AAX kini memegang title sebagai satu-satunya syarikat penerbangan Malaysia yang menawarkan penerbangan terus ke Busan. Yup, satu-satunya! Eksklusif betul.

Destinasi ini pula menjadi laluan ke-21 AAX dan yang kedua di Korea Selatan selepas Seoul. Maksudnya, mereka betul-betul serius meluaskan pengaruh di Asia Utara, region yang sekarang memang tengah booming bila sebut pasal travel.

CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, pun tak sembunyi excitement-nya.

“Kami bangga mengembalikan laluan yang dinantikan ramai… Busan ini bandar unik, dan laluan ini membuktikan misi kami—buat perjalanan jarak jauh lebih mudah diakses,” katanya.

Dalam bahasa MURAI, AAX memang tengah all-out nak kekalkan momentumnya, dan Busan adalah langkah strategik untuk buka lebih banyak peluang perjalanan antara dua negara ini.

Timing Pun Cantik

Laluan ini juga selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi, memang masa yang tepat untuk tarik lebih ramai pelancong Korea Selatan ke Malaysia, sambil travellers Malaysia pula enjoy cuti-cuti di Busan.

Dan untuk anda yang memang dah plan nak terbang tahun ini, AAX bagi tambang promosi dari RM299 all-in sehala (ekonomi) dan RM999 all-in sehala untuk Premium Flatbed. Promosi ini running sampai 18 Januari 2026, untuk travel antara 17 Jun – 30 November 2026.

Apa Yang Best Sangat Tentang Busan?

Busan ini ibarat Seoul versi santai, bandar kedua terbesar Korea Selatan, tapi vibe dia coastal, chill dan penuh culture.

Antara spot wajib pergi:

  • Pantai Haeundae & Gwangalli – bersih, luas dan cantik untuk sunset
  • Jagalchi Fish Market – syurga seafood segar
  • Gamcheon Culture Village – kampung warna-warni ikonik

Pendek kata, Busan adalah destinasi yang ada “something for everyone” dari foodies, hikers, beach lovers sampai ke pencinta seni.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |