Apabila SRK ‘Serang’ Pejabat Majalah Kerana Didakwa Curang Dengan Juhi Chawla- Ini Respons Gauri Khan

4 days ago 13

Throwback kembali ke masa ketika Shah Rukh Khan (SRK) menyerang sebuah pejabat majalah yang menerbitkan berita palsu mengenai hubungan sulitnya dengan aktres Juhi Chawla.

Dalam sebuah temu bual lama dengan Filmfare pada tahun 1994, isteri SRK iaitu Gauri Khan mendedahkan satu kisah mengenai suaminya yang menyerang dan memecahkan pejabat penerbit majalah yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya dan Juhi Chawla.

Foto – Anandabazar

Gauri menyebut bagaimana majalah itu menggunakan gambar suaminya dan Juhi daripada filem ‘Darr’ untuk menyebarkan khabar angin palsu itu.

“Untuk cerita dia dan Juhi menjalin hubungan sulit, mereka menggunakan gambar daripada ‘Darr’. Mengetahui hal itu, SRK pergi dan pecahkan pejabat mereka.”

Foto – Business Today / Wikimedia Commons

Dedah Gauri, dia sangat mempercayai suaminya dan tak menafikan SRK telah berkongsi hubungan yang rapat dengan kebanyakan pelakon yang bekerja bersamanya.

“Kami telah menghabiskan 10 hari bersama di London bersama rakan pelakonnya iaitu Kajol, Aunty Tanuja dan Shilpa Shetty. Kami berjalan-jalan di bandar dan pergi membeli belah. Kalau bercakap soal dia nak curang, saya akan mati sebelum mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit.”

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |