Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil pada hari perkahwinannya yang penuh dengan sejarah.
Baru-baru ini telah muncul satu fakta baharu yang didedahkan sendiri oleh pereka kasut kahwin Puteri Diana iaitu Clive Shilton. Ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik reka bentuk yang elegan itu, kasutnya telah menyimpan satu makna yang cukup istimewa dan romantik!
Dilaporkan oleh Brides, kasut kahwin Puteri Diana telah direka khas oleh pembuat kasut terkenal, Clive Shilton. Kasut ini bukan sahaja cantik pembuatannya, malah mempunyai simbol istimewa di bahagian bawah kasut yang hanya boleh dilihat oleh segelintir orang sahaja.
“Tiada siapa yang nampak bahagian bawah kasut itu tetapi penting bagi kami untuk jadikan ia kelihatan lebih hebat.”
Foto – @francespencerr (IG)Bahagian bawah kasut Puteri Diana memaparkan huruf “C” dan “D” yang dilukis dengan tangan dengan bentuk hati di antaranya. Perincian ini sengaja diletakkan di bawah tapak kasut supaya Puteri Diana dan Putera Charles III sahaja yang mengetahui maksudnya.
Kasut kahwinnya mengambil masa sehingga enam bulan untuk dihasilkan kerana tahap perincian dan kualiti tinggi diperlukan. Prosesnya dijalankan dengan teliti oleh Clive dan pasukannya.
Foto – @kerrytaylorauctions (IG)Menariknya, kasut itu mempunyai tumit rendah supaya Puteri Diana tidak kelihatan lebih tinggi daripada Putera Charles III pada hari perkahwinan mereka.
“Selama bertahun-tahun, Diana memakai kasut tidak lebih tinggi daripada dua inci sebagai penghormatan kepada suaminya.”
Foto – @kerrytaylorauctions (IG)Selain simbol tersembunyi di bawahnya, kasut ini juga dihiasi dengan 542 labuci dan 132 mutiara berkilauan di bahagian atas. Pada awalnya, kasut tersebut dirancang untuk dibuat daripada fabrik yang sama dengan gaun itu, tetapi fabriknya terlalu halus dan tidak sesuai dengan bentuk kasut. Namun sutera satin, fabrik yang lebih kuat namun masih kelihatan mewah telah dipilih.

1 week ago
27


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)































![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)




![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)

