[VIDEO] Ratu Farah Diva Pakai Gaun Ala Bridgerton, Teruk Dikritik Netizen?-“Macam Langsir Rumah…”

11 hours ago 3

Perkongsian terkini personaliti TikTok sensasi, Ratu Farah Diva menjadi bualan netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial.

Gayakan Gaun Kembang Ala Bridgerton

Ratu Farah menerusi video yang dimuatnaik di TikTok memaparkan dirinya yang menggayakan gaun kembang dan topi ala Bridgerton berwarna putih ketika menghadiri sebuah acara di sebuah resort di Semenyih.

“Sayang kat mana? Saya dah sampai kat dewan.”-kapsyen Ratu Farah Diva di TikTok

@ratufarahdiva

sayang kat mana 😭 Sy dh smpi kat dewan @ecoventureresort #EcoVenture #semenyihecoresort #teamratudiva #kerjakeras #RatuBisneswomen dress dan tudung by @femmes.glemmer

♬ Nur Cinta_Amir Masdi – SekilasJiwang

“Entah La, Nak Cakap Dosa, Kalau Diam Hati Meronta..”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen yang rata-ratanya memberikan kritikan terhadap penampilan Ratu Farah, malah ada yang berpendapat gaun yang digayakan itu menyerupai cadar katil ‘zaman mak-mak’.

“Dah macam cadar zaman mak aku nikah dulu-dulu.”

“Mangsa fesyen sebenar.”

“Queen Charlotte deleted episode.”

“Erm ntah la nak cakap dosa, kalau diam hati meronta.”

“Cantik la ratu, macam kakak tiri Cinderella.”

“Sumpah aku seram.”

“Dia nak lawan Aina Abdul.”

“Takpelah, jangan risau dia tak menggigit guys.”

“Aku tak cari dosa, dosa yang cari aku.”

“Sorry, first thing first aku terus tengok dres sebab cantik sangat tiba-tiba terkejut bila dengar suara.”

“Macam langsir rumah aku je.”

“Aku rasa cameraman boleh lari dah kot.”

Setakat artikel ini ditulis, personalti TikTok ini dilihat tidak memberikan sebarang respon terhadap kritikan netizen yang ditujukan kepadanya.

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |