Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Biasa Yang Terlepas Cakap Tu Jadi Realiti”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @pakmatwesterncafee yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 896 ribu, tanda suka sebanyak 46 ribu dan sebanyak 454 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Amira Othman yang tersasul menyebut ‘bila nak kahwin’ namun ianya dibalas oleh Fattah Amin.
“Amira kalau dah bersedia ke apa cakap”-Fattah Amin
@pakmatwesterncafeeAmira dah ready? 🤔🫣 #fyp #foryoupage #foryou
♬ original sound – pakmatwesternhq – pakmatwesternhq
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Fattah Amin kelihatan genuine apabila bersama Amira Othman dan tidak nampak seperti dibuat buat.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpahg
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.