[VIDEO] Atikah Suhaime Kena ‘Face Shaming’ Ketika Hamil, Dedah Sebab Jarang Lepak Dengan Rakan!

2 months ago 44

Pelakon, Atikah Suhaime mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi satu video resepi masakannya di media sosialnya baru-baru ini.

Atikah, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan dia sedang menyediakan hidangan Dalca Daging menggunakan resepi ibunya selain sempat melakukan video ‘mukbang’.

“Mukbang Beef Dalca for lunch! Resipi Mama Tika!.”-kapsyen Atikah di TikTok

Jadi Mangsa Face Shaming Ketika Hamil?

Dalam pada itu, Atikah sempat menceritakan dirinya yang menjadi mangsa ‘face shaming’ oleh sahabat rapatnya sendiri yang datang menziarahinya ketika sarat hamil.

“Cakap pasal tak semua ibu sama. Baru-baru ni ada kawan rapat Tika datang rumah sekejap. Tika lama tak jumpa dia lah, tiber dia nampak Tika, dia cakap ‘wow’, ‘tak lama nak due ke ni?’.

Tika cakap March bersalin InsyaAllah. Lepas tu kan dia boleh cakap, ‘i ada kawan ni walaupun dia mengandung, dia nampak cantik sangat-sangat, nampak glowing. Biasalah sebab you kan anak perempuan, akan tarik seri mak dia’. Tika tak sure apa point dia cakap macam tu.

Tapi rasa macam dia nak indirectly cakap Tika buruk sangat waktu mengandung ni.”-dedah Atikah

@atikahsuhaimeeee

Mukbang Beef Dalca for lunch! Recipe mama tika! #dhal #dalcarusuk #resipitiktok #tiktokmalaysia #fyp #mukbang #foodtiktok

♬ original sound – TikaMe – TikaMe

Dedah Sebab Jarang Lepak Dengan Rakan

Kongsi Atikah, apa yang berlaku membuatkannya jarang untuk melepak dengan rakan-rakan dan lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga sahaja.

“Sebab tu kan you all kalau nampak Tika jarang lepak dengan kawan-kawan. Selalu Tika lepak dengan Amir, adik ipar yang lain semua. Ataupun kalau keluar pun selalu dengan mummy mertua je.

Tika rasa bila lepak dengan kawan, mestika Tika akan cepat terasa. Ada je yang Tika rasa tak happy. Mungkin Tika tak reti berkawan.

Tu yang i amazed macam mana orang lain boleh simpan kawan ramai-ramai. Tapi Tika kalau lepak dengan kawan asyik rasa sakit hati je.”-dedah Atikah lagi

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |