Tabu, atau nama sebenarnya Tabassum Fatima Hashmi, mempunyai bakat yang luar biasa dan memperoleh pelbagai kejayaan dalam bidang lakonan, tetapi peminat lebih teruja untuk tahu tentang kehidupan peribadinya.
Walaupun masih single sehingga ke hari ini, kalau kamu nak tahu hubungan serius Tabu yang pertama adalah dengan rakan pelakonnya iaitu Sanjay Kapoor. Hubungan mereka bermula sebagai rakan sekerja di set filem ‘Prem’, tetapi lama-kelamaan ia mula mengembang menjadi serius.
Tetapi tak lama kemudian, berita perpisahan mereka mula menghiasi muka depan akhbar. Pernah suatu ketika, dalam sebuah temu bual, Sanjay membuka mulut mengenai hubungan dengan Tabu.
“Saya menjalinkan hubungan dengan Tabu pada mulanya, tetapi pada penghujungnya kami tidak lagi bercakap antara satu sama lain.”
Sanjay dilaporkan menjadi punca perpisahan mereka kerana dia telah berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan Maheep Sandhu. Manakala Tabu pula mendedahkan Sanjay kerap kali bertemu dengan Maheep ketika mereka masih bersama.
“Dia (Sanjay) masih berjumpa dengan Maheep walaupun kami ketika itu masih lagi bercinta.”
Maheep Sandhu, yang kini telah berkahwin dengan Sanjay, pernah berkongsi hubungan sulit mereka bermula selepas ‘one-night stand‘ di sebuah parti.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.